Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas berenang redah banjir untuk selamatkan diri

-

BUKIT GANTANG: Seorang wanita warga emas dari Kampung Temelok terpaksa berenang untuk menyelamat­kan diri apabila rumahnya dinaiki air setinggi kira-kira 1.5 meter kelmarin.

Salamah Ibrahim, 70, berkata dia terpaksa berbuat demikian ekoran air mula naik ketika hujan lebat kirakira jam 2 petang dan air sungai Sungai Temelok secara tiba-tiba melimpah di depan rumahnya dan memasuki bahagian bawah rumah dua tingkat.

“Saya berada seorang diri ketika itu, apabila rasa panik saya terus keluar menyelamat­kan diri tanpa mengambil sebarang dokumen penting.

“Apabila keluar dari rumah saya sangkakan air di luar cetek. Saya turun ke bawah air sudah paras tengkuk saya dan saya terpaksa berenang ke kawasan yang lebih tinggi untuk menyelamat­kan diri,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Temelok, Trong di sini semalam.

Salamah berkata dia bersyukur dapat menyelamat­kan diri apabila penduduk kampung membantu memindahka­nnya ke pusat pemindahan banjir.

Seorang lagi mangsa Salmila Soaid, 42, berkata dia juga berdepan kesukaran untuk memindahka­n bapanya Soaid Hamid, 60, yang lumpuh apabila air mula memasuki rumahnya sehingga ke paras lutut.

“Saya bersyukur apabila adik dan suami saya yang baru pulang dari Taiping sempat membantu mengeluark­an ayah untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Temelok," katanya.

Menurut Salmila, dia hanya sempat menyelamat­kan dokumen penting serta kad rawatan ayahnya yang baru keluar dari Hospital Taiping kelmarin, manakala beberapa peralatan rumah seperti perabot, peti ais dan televisyen tidak dapat diselamatk­an kerana air banjir naik secara tiba-tiba.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi kenyataan berkata lima pusat pemindahan banjir sementara di daerah Taiping dan Manjung dibuka bagi menempatka­n 388 orang daripada 110 keluarga setakat tengah hari semalam.

Di Manjung, sebuah pusat pemindahan baharu dibuka iaitu di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pantai Remis yang menempatka­n tujuh mangsa.

Sementara di Taiping, 109 mangsa banjir ditempatka­n di Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban, Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, Trong di Kampung Temelok (200), Surau Kampung Jawa (28) dan 44 mangsa berada di SK Batu Hampar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia