Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis jaga ibu sakit lupakan impian sambung pelajaran

-

TUMPAT: Demi kasih, seorang gadis berusia 19 tahun sanggup menolak tawaran belajar di sebuah kolej semata- mata bagi menjaga ibunya yang kini terlantar akibat penyakit paru- paru kronik dekat Kampung Baru Nelayan, di sini.

Gadis itu, Nur Hidayah Che Abdullah berkata beliau tidak mempunyai pilihan selain menjaga ibunya, Rosmini Ibrahim, 42, yang terpaksa bergantung kepada tabung oksigen sepanjang masa akibat penyakit paruparu.

Selain itu, beliau yang juga anak sulung perlu menjaga empat adiknya yang berusia antara 7 dan 17 tahun serta masih bersekolah.

“Dahulu ibu bekerja sebagai jururawat di Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempaun Zainab II (HRPZII) Kota Bharu sejak 19 tahun lepas, namun terpaksa mengambil cuti sejak Januari lepas kerana penyakitny­a bertambah teruk.

“Ibu mula dikesan menghidap penyakit itu sejak Mei tahun lepas. Ibu memerlukan kira-kira RM400 seminggu untuk keperluan terhadap tabung oksigen dan kami semua bergantung kepada gaji yang masih diterimany­a setakat ini,” katanya.

Nur Hidayah ditemui pada Program Kita Kongsi anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dengan kerjasama Hotel Grand River View, yang menyampaik­an juadah sahur serta barangan keperluan harian kepada keluarga tersebut, Jumaat lepas.

Dalam lawatan itu, anggota kelab yang diketuai Setiausaha KEMUDIRosm­iza Kasim dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel Grand River View Raja Rusmin Raja Mahmud melihat sendiri kedaifan keluarga itu apabila terpaksa tinggal di rumah pusaka dengan lantai dan dinding yang berlubang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia