Utusan Borneo (Sarawak)

Harga barang sebelum dan selepas GST sifar dipantau

-

JITRA: Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Kedah menugaskan lebih 200 penguat kuasa untuk memantau harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) sifar yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini.

Timbalan Pengarahny­a Chin Ching Chung berkata mereka memantau perubahan harga barangan mentah dan kering di semua pasar awam dan pasar raya bagi memastikan peniaga mematuhi dasar GST sifar itu apabila dilaksanak­an kelak.

“Setiap penguat kuasa ditu- gaskan memantau lima premis dan mencatatka­n harga 30 jenis barang sewaktu GST dikenakan pada kadar enam peratus sekarang dan selepas dikenakan pada kadar sifar.

“Ini bermakna setiap daripada mereka perlu melihat perbezaan harga 150 item barangan secara keseluruha­nnya. Pemeriksaa­n ini dijalankan secara berkala dan sudah dimulakan sejak beberapa hari lalu sehingga Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya selepas melakukan tinjauan di pasar awam Jitra, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Cawangan KPDNKK Kubang Pasu Mohamad Amir Abdullah dan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Perdaganga­n Dalam Negeri, Dr Salmee Said.

Sementara itu beliau berkata bahan makanan utama seperti telur, ayam, daging dan sayur-sayuran dijamin mencukupi menjelang musim perayaan ini malah harganya juga dijangka tidak mengalami kenaikan.

“Kita telah bermesyuar­at dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) serta pemborong dan mereka beri jaminan bekalan keperluan ini akan mencukupi,” katanya.

Berhubung dakwaan bahawa harga daging di Kedah mencecah RM36 sekilogram, Chin berkata buat masa ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kes itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat melaporkan­nya kepada KPNDKK.

Ini kerana katanya berdasarka­n pemantauan, lebih 90 peratus premis menjual daging pada harga RM33 hingga RM34 sekilogram, iaitu harga standard sejak beberapa tahun lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia