Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN BN didesak sembah maaf, Shahidan diminta lepas jawatan

Tindakan mereka membantah titah raja membuatkan rakyat marah

-

Jika enggan mohon maaf kepada tuanku, tindakan lebih tegas akan kami ambil selepas ini, jangan pandang rendah kepada pemimpin masyarakat seperti kami.

PADANG BESAR: Sekumpulan ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping menggesa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis yang melawan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l menyembah maaf atau melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

Ketua UMNO Cawangan Panggas Kecil Md Isa Seman yang mewakili mereka berkata, Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim juga wajar melepaskan jawatan kerana seorang wakil rakyat tidak boleh membantah titah raja.

“Mereka ini bukan orang biasa-biasa. Rakyat berasa sangat marah, dah bagi mandat, mereka tinggal rakyat pula, tak usahlah bersama kami lagi.

“Jika enggan mohon maaf kepada tuanku, tindakan lebih tegas akan kami ambil selepas ini, jangan pandang rendah kepada pemimpin masyarakat seperti kami,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan perhimpuna­n bagi menyatakan

Md Isa Seman Ketua UMNO Cawangan Panggas Kecil

sokongan terhadap Tuanku Syed Sirajuddin di Chuping dekat sini, semalam.

Khamis lepas sembilan wakil DUN BN tidak hadir pada pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar kerana mendakwa pelantikan Datuk Seri Azlan Man tidak mendapat sokongan majoriti wakil DUN.

Mereka sebaliknya be- rada bersama Pengerusi BN negeri di Kuala Lumpur dan Shahidan kemudianny­a pada sidang akhbar mengumumka­n cadangan memecat keanggotaa­n Azlan dalam parti.

Tindakan kumpulan berkenaan menimbulka­n dukacita baginda yang bertitah bahawa keputusan melantik menteri besar adalah bawah kuasa baginda mengikut perlembaga­an negeri.

Turut hadir pada perhimpuna­n pagi semalam beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Solidariti Nasional ( PERSONA) Perlis, Persatuan Silat Pesaka Perlis serta wakil kaum Siam Chuping.

Pengerusi PERSONA Perlis, Abdul Rahim Ahmad berkata banyak masalah yang patut dibaiki BN terlebih dahulu dan bukannya membantah seumpama itu apatah lagi melibatkan institusi diraja.

“Urusan berkaitan pentadbira­n harus dipermudah­kan, tubuh kerajaan secepat mungkin di Perlis untuk jadi lebih baik.

“Wakil-wakil rakyat diminta fikir dan kembali kepada titah tuanku agar kemelut ini berakhir,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONGAN: Isa (tengah) mengetuai perhimpuna­n bagi menyatakan sokongan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Chuping, Padang Besar, semalam.
— Gambar Bernama SOKONGAN: Isa (tengah) mengetuai perhimpuna­n bagi menyatakan sokongan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Chuping, Padang Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia