Utusan Borneo (Sarawak)

PH Terengganu minta SPRM siasat projek Taman Ilmu

-

KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) Terengganu semalam membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek Taman Ilmu di Tembila, Besut.

Pengerusin­ya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata laporan itu bertujuan meminta pihak berkuasa menjalanka­n siasatan terperinci ekoran beberapa spekulasi melibatkan kos awal projek sebanyak RM320 juta di tanah seluas 280 hektar itu.

Beliau mendakwa projek itu terbengkal­ai dengan 97 peratus daripada bangunanny­a rosak akibat vandalisme dan kecurian.

Menurutnya SPRM perlu menyiasat kepincanga­n yang berlaku kerana berdasarka­n tinjauanny­a ke kawasan itu pada 15 Feb lepas, beliau mendapati masih banyak yang belum dibaiki meskipun kerajaan Barisan Nasional sebelum ini memberitah­u bahawa kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.

“PH meminta SPRM bertindak segera untuk menyiasat sekiranya ada penyalah- gunaan wang dan kuasa oleh kerajaan terdahulu kerana ia satu bentuk pengkhiana­tan yang merugikan rakyat dan negeri,” katanya.

Taman Ilmu, yang dibangunka­n dalam projek pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak 2004, disasarkan sebagai projek perkongsia­n kemudahan pendidikan asas yang mampu menampung enam institusi pengajian tinggi (IPT).

Sehingga kini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengguna pakai kemudahan dua blok di Taman Ilmu sejak September tahun lepas manakala Universiti P. Ramlee dijangka beroperasi pada September depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia