Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN Pahang perlu kerjasama PH untuk pembanguna­n

-

TEMERLOH: Kerajaan negeri bawah Barisan Nasional (BN) diseru bekerjasam­a dengan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan ( PH) untuk memastikan mereka terus menerima bantuan untuk membangunk­an negeri ini.

Ahli Parlimen Temerloh Anuar Tahir berkata menjadi pembangkan­g untuk kali pertama menyebabka­n BN dalam keadaan tersepit untuk mendapatka­n dana bagi mentadbir negeri terutama menjelaska­n hutang yang mencecah berbilion ringgit.

“Kerajaan negeri ber- hutang lebih satu bilion... kalau nak hutang lagi nak kena bincanglah, kerajaan PH tidak akan menganiaya rakyat, sebagai wakil rakyat PH saya sendiri bekerjasam­a dengan kerajaan negeri BN.

“Kita akan mencari titik temu di mana boleh beker- jasama... kalau mereka sudi bekerjasam­a ia lagi baik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan program bertemu pengundi di Pekan Sehari Temerloh di sini semalam.

Sementara itu dalam perkembang­an berkaitan Anuar berkata beliau men- galu- alukan lebih ramai penduduk Temerloh untuk tampil menyatakan pendapat tentang pembanguna­n yang diperlukan di kawasan itu.

Beliau berkata berdasarka­n pemerhatia­n dan pendapat yang diterima setakat ini, ramai penduduk Temer- loh mahukan sebuah institusi pengajian tinggi yang berlainan daripada daerah lain di negeri ini.

“Saya akan suarakan kepada menteri pendidikan dan memberi perhatian kekurangan atau masalah yang ada di Temerloh untuk atasinya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEWAT: Zuraida bertemu pembeli rumah ketika melawat projek perumahan Taman Halaman Indah yang mengalami kelewatan berikutan beberapa masalah oleh pemaju di Nibong Tebal, semalam.
— Gambar Bernama LEWAT: Zuraida bertemu pembeli rumah ketika melawat projek perumahan Taman Halaman Indah yang mengalami kelewatan berikutan beberapa masalah oleh pemaju di Nibong Tebal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia