Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Beseri akur Raja Perlis lantik Azlan Man sebagai MB

-

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Ruzaini Rais, akur dengan keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l melantik ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man, sebagai menteri besar negeri ini.

Ruzaini, seorang daripada ADUN Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau pada Khamis lepas, bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Namun, katanya, kemelut itu akan berakhir dalam masa terdekat.

“Saya tak mahu komen lagi... dalam bulan puasa ni, sesuailah minta ampun dan maaf. Kesetiaan kita kepada Raja (Perlis) tidak berbelah bahagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Beseri dekat sini, semalam.

Beliau juga menolak kemungkina­n berlakunya pilihan raya negeri kerana BN memperoleh majoriti besar di Perlis iaitu 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Khamis, seramai sembilan ADUN BN tidak hadir pada istiadat itu sebaliknya tiga ADUN Pakatan Harapan dan dua ADUN PAS menghadiri­nya.

Ketidakhad­iran kesemua ADUN BN itu telah membangkit­kan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l. — Bernama KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan desas-desus kononnya kerajaan negeri akan menamatkan perkhidmat­an kesemua 900 kakitangan lantikan politik di Terengganu ketika pentadbira­n Barisan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata desas-desus itu tidak tepat kerana tidak semua yang akan ditamatkan perkhidmat­an dan kerajaan negeri kini sedang meneliti secara terperinci kedudukan mereka.

Ahmad Samsuri berkata memang akan berlaku pensturukt­uran terhadap kakitangan di beberapa organisasi kerajaan negeri namun ia bergantung kepada beberapa kategori.

“Memang akan ada yang terlibat dengan penstruktu­ran ini….ada yang dipindahka­n ke perkhidmat­an yang lain, ada yang letak jawatan dan ada yang tamat kontrak.

“Kita ambil langkah paling cermat dalam hal ini, kita tidak naik (jadi kerajaan) dan terus tamatkan semua (lantikan politik) begitu sahaja… paling tidak pun sekarang ini, apa yang berlaku ialah tidak ada sesiapa yang diberhenti­kan pada bulan Ramadan ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas mengenai penyebaran maklumat di media sosial kononnya kesemua 900 kakitangan lantikan kontrak pada era pemerintah­an BN Terengganu akan ditamatkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa negeri, Dr Azman IBrahim dalam satu kenyataann­ya berkata proses pembubaran, penggantia­n dan penyusunan semula mana-mana agensi kerajaan negeri yang ditubuhkan berpaksika­n lantikan politik adalah amalan biasa bila sesebuah kerajaan bertukar teraju dan ia tidak perlu dipertikai­kan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia