Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo mencadangk­an masa depannya bersama Real bakal berakhir

-

KIEV, Ukraine: Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo, mencadangk­an masa beliau di Real Madrid mungkin sampai ke penghujung, tidak lama selepas memenangi pingat Liga Juara-Juara yang keempat beliau dalam tempoh lima tahun.

Ronaldo, 33, sekarang sudah memenangi liga pingat Liga Juara-Juara secara keseluruha­n tetapi Gareth Bale menjadi wira Real Madrid di Kiev apabila menjaringk­an dua gol ketika kemenangan 31 ke atas Liverpool di final.

“Saya akan menikmati saat ini dan dalam beberapa hari akan datang, saya akan memberikan jawapan kepada peminat, yang sentiasa bersama-sama dengan saya,” kata Ronaldo ketika memberitah­u penyiaran BeIN Sports Sepanyol.

“Ia sangat menarik untuk berada di Real Madrid. Dalam beberapa hari nanti, saya akan bersuara. Saya akan menikmati kejayaan ini bersama-sama rakan sepasukan dan dalam beberapa hari akan datang, saya akan memberikan satu jawapan.”

Komen Ronaldo kelihatan disasarkan kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez kerana kekurangan sokongan.

Bagaimanap­un, Perez membayangk­an beliau bosan dengan ugutan Ronaldo untuk meninggalk­an kelab.

Ia bukan kali pertama Ronaldo, yang tiba dari Manchester United pada 2009, hampir meninggalk­an Santiago Bernabeu.

Selepas memenangi kejuaraan berganda pertama Piala Eropah dan La Liga bersama Real dalam tempoh 59 tahun musim lepas, Ronaldo juga dilaporkan mahu meninggalk­an kelab kerana apa yang beliau gambarkan kekurangan sokongan dari kelab mengenai isu siasatan cukai ke atas beliau oleh pihak berkuasa Sepanyol.

“Di sini, apa yang paling penting adalah kelab dan apa yang paling penting ialah kami meraikan kejuaraan Liga Juara-Juara,” kata Perez kepada penyiaran Antena3. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia