Utusan Borneo (Sarawak)

Kesilapan Karius di Kiev telah jadikan Liverpool kota kecewa

-

LIVERPOOL, England: Liverpool menjadi kota kecewa malam kelmarin selepas impian kejuaraan Liga Juara-Juara terkubur dengan kesilapan penjaga gol, Loris Karius untuk menghadiah­kan Real Madrid kemenangan 3- 1 pada final yang berlangsun­g di Kiev.

Apabila wisel penamat ditiup pengadil perlawanan, salah seorang dari 30,000 penyokong Liverpool yang berkumpul untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Anfield di Liverpool, melepaskan satu belon dalam bentuk trofi kejohanan elit kelab Eropah itu.

Ketika ia terbang ke udara, ia memberi simbol berakhirny­a impian Liverpool untuk kejuaraan Eropah yang keenam.

“Kecewa, sangat kecewa,” kata penyokong Liverpool, Dave Birkett. “Ia permainan yang mengejutka­n.”

Ramai penonton juga meninggalk­an stadium sebelum wisel penamat dan ledakan konfeti yang disediakan oleh kakitangan stadium sebelum kehadiran penyokong tidak langsung diletupkan.

Dalam masa yang sama pemain Real menaiki podium kemenangan di Kiev, 1,400 batu timur Liverpool, meraikan kejuaraan ke-13 mereka pada satu perlawanan yang menyaksika­n bintang Liverpool, Mohamed Salah meninggalk­an padang dengan tangisan seawal minit ke-31 kerana disyaki kecederaan bahu.

Penyokong di Anfield semakin kecewa dalam separuh masa kedua dengan ketiadaan Salah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh Karius yang menghadiah­kan gol pembukaan kepada Real Madrid, dijaringka­n Karim Benzema.

Pada minit ke-55, Sadio Mane mengembali­kan keceriaan penyokong dengan gol penyamaan, menyebabka­n sorakan dan nyanyian “Allez, allez, allez” di seluruh stadium.

Ia adalah sorakan kegemaran penyokong musim ini yang bermaksud “kami sudah menawan Eropah, kami tidak akan berhenti”.

Tetapi tendangan akrobatik Gareth Bale meletakkan Real kembali di hadapan – dan diikuti dengan satu lagi kesilapan Karius menepis rembatan Bale dengan hanya sebelah tangan.

“Beliau adalah pemain terbaik perlawanan untuk Real Madrid,” kata salah seorang kakitangan pasukan Liverpool selepas perlawanan.

“Untuk melakukan dua kesilapan seperti itu di final, ia tidak cukup bagus,” kata James Hockey, yang sanggup datang dari Selatan Wales untuk menonton perlawanan menerusi skrin besar di Anfield.

“Saya bangga dengan mereka kerana melangkah sehingga ke final dan kemudian tewas seperti ini, ia sememangny­a sukar untuk diterima,” kata beliau.

Kekecewaan itu me- namatkan satu minggu dipenuhi kekecewaan penyokong Liverpool yang gagal ke Ukraine untuk perlawanan akhir ini.

Dua syarikat pelanconga­n membatalka­n penerbanga­n, menyebabka­n penyokong fanatik Liverpool bergelut mencari cara lain untuk ke Kiev.

Mereka yang gagal melakukan perjalanan ke timur Eropah itu bagaimanap­un berkunjung ke kota Liverpool, di mana kedai dan jalan rayanya dipenuhi sepanduk, skaf dan poster merah.

Pada pagi perlawanan, keretapi penuh dengan pengguna tiba di Stesen Lime Street, dengan sorakan penyokong kedengaran dari jauh.

Pusat bandar – yang sudah sibuk semasa hujung minggu cuti bank British – menjadi lautan merah jersi kleab.

Jersi nombor 11 milik Salah adalah antara kegemaran peminat – dan kedai cenderahat­i Liverpool penuh dengan pelanggan.

“Kami beraksi lebih baik dalam separuh masa pertama tetapi mungkin kami kekurangan pengalaman,” kata seorang peminat dari Belanda, Karim Elbachraou­i, salah seorang penyokong yang terus kekal dan memberikan tepukan kepada pasukan ketika menerima pingat naib juara.

“Ia masih menggembir­akan, saya berasa agak bangga kerana saya tidak menjangkak­annya di awal musim.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia