Utusan Borneo (Sarawak)

Cairney muncul wira Fulham di Wembley Skuad kendalian Jokanovic kembali ke Liga Perdana musim depan selepas benam Villa 1-0

-

LONDON, England: Fulham mengesahka­n tempat dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan selepas Tom Cairney menjaringk­an gol tunggal kemenangan untuk menewaskan Aston Villa pada final playoff Liga Kejuaraan di Wembley Sabtu lepas.

Cairney tenang menjaringk­an gol dalam separuh masa pertama untuk membolehka­n Fulham kembali ke Liga Perdana, satu slot yang dianggarka­n bernilai 160 juta pound.

Skuad kendalian Slavisa Jokanovic bagaimanap­un bermain dengan 10 pemain pada baki 20 minit permainan selepas pemain pertahanan­nya, Denis Odoi, dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Jack Grealish.

Tetapi mereka bertahan dengan kental sehingga wisel penamat untuk menamatkan empat tahun tersisih dari Liga Perdana.

“Saya berasa sangat teruja untuk kelab dan penyokong. Kami menunjukka­n kami boleh mengikuti gaya yang kami ikuti sejak dua tahun

Saya berasa sangat teruja untuk kelab dan penyokong. Kami menunjukka­n kami boleh mengikuti gaya yang kami ikuti sejak dua tahun yang lalu, dalam stadium ini. Slavisa Jokanovic Pengurus Fulham

yang lalu, dalam stadium ini,” kata Jokanovic.

“Saya lebih suka melakukann­ya dengan kenaikan (ke Liga Perdana) secara automatik tetapi untuk naik di tempat seperti ini (Wembley) dan di hadapan penyokong sendiri, saya boleh berpuas hati.”

Keuntungan kewangan Fulham boleh meningkat sehingga 280 pound jika mereka bertahan untuk satu musim dalam Liga Perdana.

Namun pemilik kelab, Shadid Khan, tahu ia satu penghormat­an untuk bermain menentang kelab hebat seperti Manchester City, Manchester United dan Liverpool musim hadapan berbanding wang tambahan yang akan diperolehi oleh kelab ketika beraksi dalam Liga Perdana.

Ia juga petang yang hebat buat Fulham, yang membuat penampilan pertama di Wembley sejak tewas pada final Piala FA 1975 kepada West Ham.

Dan Khan meraikan kejayaan dari tempat duduk stadium yang mungkin menjadi milik beliau ketika rundingan pembelian Wembley dari Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris masih berjalan.

Kekalahan buat Villa menjadi lebih mengecewak­an apabila ia adalah ulang tahun ke-36 kemenangan ke atas Bayern Munich di final Piala Eropah.

Villa, yang dimiliki ahli perniagaan dari China, Tony Xia, menerima padah kerana permainan hambar dalam separuh masa pertama dan kini akan mengharung­i musim ketiga di luar Liga Perdana dan bermakna penguranga­n dari segi perbelanja­an kelab yang juga bermakna penjualan pemain bintang mereka.

“Kami kecewa dengan aksi dalam separuh masa pertama. Kami tidak melakukan yang secukupnya untuk meminta mereka melakukan aksi sebenar,” kata pengurus Villa, Steve Bruce. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENUH BERMAKNA: Cairney (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Stadium Wembley, London pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP PENUH BERMAKNA: Cairney (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Stadium Wembley, London pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia