Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar ‘benar-benar’ mahu bekerja di bawah Guardiola

-

RIO DE JANEIRO, Brazil: Bintang bola sepak paling mahal di dunia, Neymar, memberi gambaran tentang satu kemungkina­n perpindaha­n awal dari Paris Saint G e r m a i n ( PSG) apabila mengumumka­n b e l i a u “b e - n a r - b e - n a r mahu bekerja” di bawah pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Spekulasi di mana Neymar mungkin akan meninggalk­an PSG selepas hanya setahun dibeli dengan rekod dunia 222 juta euro, semakin menular.

Dan pemain antarabang­sa Brazil berusia 26 tahun itu, yang ketika ini di tanahairny­a untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan menjelang Piala Dunia 2018, tidak melakukan banyak usaha untuk menamatkan spekulasi itu.

Walaupun dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke

juara Eropah, Real Madrid, Neymar memberitah­u penyiaran ESPN Brasil di mana beliau mahukan pengalaman bekerja di bawah Guardiola selepas terlepas peluang apabila tiba di Barcelona setahun selepas Guardiola meninggalk­an kelab.

“Saya sentiasa mahu bekerja dengan Guardiola. Beliau berbeza. Saya tiba di Barcelona setahun selepas beliau pergi,” kata Neymar, yang ditemu bual untuk satu program oleh b e k a s pemain Braz i l , Alex.

“Saya benarbenar mahu b e k - e r j a dengan beliau.”

Guardiola meninggalk­an Barcelona pada 2012 selepas membimbing kelab memenangi 14 kejuaraan sepanjang empat musim.

Neymar tiba setahun kemudian dan menghabisk­an empat musim di Nou Camp sebelum melengkapk­an perpindaha­n termahal di dunia ke PSG.

Walaupun PSG memenangi kejuaraan berganda Ligue 1 Perancis dan Piala Perancis musim lepas, Neymar tidak beraksi pada lewat musim kerana kecederaan yang dialami pada bulan Februari di mana beliau menjalani pembedahan di Brazil.

Bagaimanap­un, khabar angin mencadangk­an beliau berharap untuk meninggalk­an Paris, dengan rujukan ke kelab musuh utama Barcelona, Real Madrid. — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia