Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha berterusan hadiahkan kemenangan buat skuad Perak

-

IPOH: Perak yang tidak mudah berputus asa berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menundukka­n PKNP FC 4-3 di Stadium Perak, di sini malam kelmarin.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata semangat itu jelas terbukti apabila pemainnya bangkit dengan tiga gol selepas ketinggala­n 1-3 sepanjang tempoh 70 minit permainan.

“Saya akui pada awal permainan kita melakukan dua atau tiga kesilapan mudah sehingga menyebabka­n pemain lawan menjaringk­an gol, namun dengan kesungguha­n, barisan pemain berjaya men- jaringkan tiga gol pada 20 minit terakhir,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Empat gol Perak dijaringka­n Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-8, Mohd Nasir Basharuddi­n minit ke-76, Wander Luiz Junior minit ke84 dan Gilmar Jose Da Silva minit ke-94.

Sementara itu, tiga gol PKNP FC dijaringka­n pemain import dari Afrika Tengah, Franklin Anzite pada minit ke-33 diikuti Mohamad Syamin Baharuddin minit ke60 dan Mohd Nor Hakim Isa minit ke-68.

Mehmet berkata perse- mbahan pemain PKNP FC terutama penjaga gol, Ahmad Asyraf Omar wajar diberi pujian kerana berjaya menyelamat­kan beberapa percubaan bahaya skuad The Bos Gaurus.

“Mereka berjaya menyukarka­n barisan pemain saya untuk menjaringk­an gol dengan disiplin menyerang dan bertahan yang ditunjukka­n,” katanya.

Beliau turut berharap momentum kemenangan tersebut dapat diteruskan, sekali gus menjadi tonik terbaik dalam menghadapi perlawanan akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia