Utusan Borneo (Sarawak)

Nad Zainal hos ‘Citarasa Malaysia’ di TV Okey

-

PELAKON cantik Nad Zainal mencabar keupayaan diri menjadi hos program disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan ini.

Menerusi program diberi tajuk ‘Citarasa Malaysia’ yang sedang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, jam 9.00 pagi di TV Okey (Astro 109), Nad Zainal meninjau sesuatu tempat untuk mempelajar­i cara-cara pembuatan kek dan biskut raya yang akan diajar oleh cef profesiona­l atau tukang masak berpengala­man.

Dalam episod pertama, Nad membawa penonton ke Puchong, Selangor ke premis milik Chef Fairuz bagi mempelajar­i bagaimana membuat kek sebagai persediaan menyambut hari raya. Chef Fairuz telah menunjukka­n cara-cara dan teknik-teknik membuat dua jenis kek klasik Perancis iaitu Kek L’Opera dan Kek Financiers.

Kek L’Opera adalah kek yang berlapisla­pis dan di antaranya disapukan bahan coklat. Kek Financiers pula merupakan sejenis kek ringkas seakan-akan kuih baulu tetapi dimasukkan ke dalam acuan kertas dan ditabur hiasan di atasnya.

Seterusnya Nad menemui Puan Zaidah dari ‘Simply Sugar Baking Studio’ bagi mempelajar­i cara-cara membuat kuih tradisiona­l yang diberi nafas baru iaitu Kek Cawan Ondeh-ondeh.

Walaupun kek ini tampil dengan rupa yang moden tetapi rasanya tetap seperti Ondeh-ondeh tradisiona­l.

Di tengah-tengah kek cawan ini dimasukkan juga gula Melaka sebagaiman­a pembuatan kuih Ondeh-ondeh.

Hidangan kedua yang ditunjukka­n oleh Puan Zaidah sebagai persiapan menyambut hari raya adalah ‘Almond Butter Drop’. Hidangan ini adalah inovasi daripada Kuih Dahlia ataupun Semperit tetapi di atasnya diletakkan biji badam.

Penonton kemudianny­a dibawa ke Melaka untuk mengenali dan mempelajar­i cara-cara membuat dua jenis kuih tradisi daripada Mak Itam iaitu Kuih Mutai dan Halwa Muskat.

Kedua-dua kuih ini kebiasaann­ya disediakan pada hari-hari perayaan sahaja.

Di sini juga turut dikongsi cara membuat dua jenis lagi kuih tradisi iaitu Kuih Dangai dan Kuih Topi.

Mak Itam belajar memasak daripada arwah emaknya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduriken­dara di kampungnya. Citarasa Malaysia singgah ke Muar, Johor menemui Mak Long Ju bagi mempelajar­i caracara membuat dua jenis kuih tradisiona­l iaitu Kuih Wajik dan Kuih Tumpi.

Dalam episod di FELDA Tementi, Triang, Pahang, Nad bertemu Mak Jah belajar bagaimana membuat dua jenis kuih tradisiona­l iaitu Kuih Deram dan Kuih Karas yang menyelerak­an.

Perjalanan Nad mempelajar­i pembuatan kek dan biskut turut berada di Sungai Besar, Selangor.

Kali ini Nad menemui Cef Hamdan bagi mempelajar­i cara-cara membuat dua jenis biskut tradisiona­l iaitu Biskut Kelapa dan Batang Buruk.

Sementara itu juga penonton berpeluang untuk mengenali dan mempelajar­i cara membuat dua jenis biskut tradisiona­l daripada Mak Lang.

Biskut yang dimaksudka­n adalah Biskut Suji dan Biskut Buah Kana. Keduadua biskut ini biasanya disediakan sebagai hidangan pada hari raya.

Ikuti beberapa lagi episod menarik program ini di TV Okey (Astro 109).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia