Utusan Borneo (Sarawak)

Miracle dilahirkan di atas kapal penyelamat

-

ROM: Seorang bayi lelaki telah dilahirkan di atas sebuah kapal di

Mediterran­ean selepas ibunya seorang pendatang diselamatk­an ketika cuba menyeberan­g dari Libya, menurut NGO SOS Mediterran­ee kelmarin.

Bayi yang dinamakan sebagai Miracle mempunyai berat 2.8kg (6.1 lbs), dan telah dilahirkan di atas Aquarius, sebuah kapal penyelamat yang disewa oleh kumpulan tersebut.

“Berita menggembir­akan dari #Aquarius pada tengah hari ini dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang sihat!” menurut pihak NGO tersebut di dalam Twitter

“Bayi Miracle telah dilahirkan pada jam 3.45 petang waktu tempatan, seberat 2.8kg, menjadikan jumlah orang yang diselamatk­an seramai 70 orang,” tambahnya.

Kedua- dua bayi dan ibunya, yang mana kerakyatan­nya belum diketahui, berada dalam keadaan baik dan dijangka akan sampai ke pelabuhan Catania di Sicily semalam.

Kanak-kanak tersebut merupakan bayi keenam yang dilahirkan di atas salah sebuah daripada kapal yang meronda Mediterran­ean menyelamat­kan pendatang yang cuba untuk pergi ke Eropah mencara kehidupan yang lebih baik.

Pengawal pantai Itali menyatakan hampir 1,500 pendatang telah diselamatk­an pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.

Usaha menyelamat itu merupakan tambahan kepada 10,800 ketibaan baharu yang telah mendaftar di Itali sejak awal tahun, menurut kepada keterangan Internatio­nal Organisati­on for Migration (IOM). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia