Utusan Borneo (Sarawak)

Ketegangan berterusan di Nicaragua, lebih ramai terbunuh

-

MANAGUA: Beratusrat­us penunjuk perasaan telah berkumpul di sekitar Nicaragua kelmarin, menghalang lalu lintas ketika sekurang- kurangnya lapan orang lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam.

Ketegangan telah berterusan sejak rundingan yang dirancang oleh gereja selama seminggu antara pihak kerajaan dan pembangkan­g bagi meleraikan keganasan selama sebulan menemui kegagalan pada lewat Rabu lepas.

Beratus- ratus penunjuk perasaan di utara, tengah dan selatan negara Amerika tengah ini telah menghalang lebuh raya kelmarin, menuntut Ortega dan isterinya, Timbalan Presiden Rosario Murillo, agar meletakkan jawatan.

Sejak bantahan bermula pada 18 April sekurangku­rangnya 83 orang telah terkorban dan lebih dari 860 orang tercedera, menurut pihak polis dan aktivis hak.

Empat orang telah terkorban pada Jumaat lepas, dan seramai empat orang lagi pada tengah hari kelmarin, menurut pihak polis dan anggota keluarga.

Ortega, seorang bekas gerila Sandinista yang pertama memerintah di antara 1979 dan 1990 sebelum kembali sebagai presiden 11 tahun lepas, terus berkuasa dengan mengekalka­n retorik haluan kiri ketika memastikan satu penyesuaia­n dengan industri swasta yang berkuasa dan mengekalka­n dagangan dengan Amerika Syarikat.

Namun pihak penunjuk perasaan telah menyuaraka­n kekecewaan bagi gejala rasuah, stail autokratik oleh Ortega dan Murillo, menghadkan pilihan bagi mengubah politik negara dalam pilihan raya, dan kawalan presiden terhadap Kongres, mahkamah, pasukan tentera dan lembaga pilihan raya.

Pertubuhan Negara-Negara Amerikatel­ahmenyeruk­epada Ortega agar melakukan pilihan raya lebih awal, satu isu yang telah menjadi halangan paling besar dalam dialog.

Menteri Luar Negara Denis Moncada menyatakan satu pilihan raya awal akan bermakna “memansuhka­n rang undang- undang dan kerajaan yang dipilih secara demokratik.”

Sebelum bantahan berlaku, sebuah pasukan OAS telah cuba untuk berunding dalam satu proses bertujuan untuk membangkit­kan tentang pilihan raya baharu, termasuk perubahan pilihan raya.

Ortega dan Murillo telah dilantik pada November 2016 bagi satu penggal yang tamat pada Januari 2022. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BANTAH: Penunjuk perasaan antikeraja­an mengadakan protes yang menuntut Daniel Ortega dan isterinya Rosario Murillo, untuk meletakkan jawatan di Managua, kelmarin.
— Gambar AFP BANTAH: Penunjuk perasaan antikeraja­an mengadakan protes yang menuntut Daniel Ortega dan isterinya Rosario Murillo, untuk meletakkan jawatan di Managua, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia