Utusan Borneo (Sarawak)

Uskup ketua lembaga antipender­aan seksual di Chile letak jawatan

-

SANTIAGO: Gereja Katolik di Chile menerima satu lagi pukulan hebat kelmarin apabila uskup yang mengetuai dakwaan terhadap penderaan seks telah meletakkan jawatan selepas semakin banyak tuduhan mengenai salah laku oleh paderi.

Uskup Rancagua Alejandro Goic mengemukak­an peletakan jawatannya sebagai ketua lembaga pencegahan salah laku seks Persidanga­n Uskup, episod terbaharu dalam satu skandal penderaan Chile yang telah menggegark­an kuasa dan status Pope Francis.

Pihak gereja telah menerima peletakan jawatan Goic daripada pihak lembaga yang ditubuhkan pada 2011 bagi menyiasat penderaan seksual oleh paderi, selepas kes paderi Chile Fernando Karadima.

Dia telah dituduh bagi pencabulan kanak- kanak pada 1980 dan 1990.

Karadima dipecat seumur hidup oleh Vatican, namun beberapa orang anggota dalam hirarki gereja Chile telah dituduh oleh mangsamang­sa sebagai mengabaika­n dan menutupi salah laku Karadima.

Tujuh tahun kemudian, satu lagi kes penderaan yang meluas telah muncul.

Digelar sebagai ‘ the Family’, 13 orang paderi dan seorang deakon dari Rancagua telah dituduh oleh pengunjung gereja Elisa Fernandez bagi salah laku seks dan perbelanja­an mewah bagi dana gereja. Beliau menyatakan tuduhannya kepada pihak Channel 13 pada minggu lepas.

Goic, 78, memberitah­umedia tempatan dia dikehendak­i meletakkan jawatan bagi memberikan tumpuan kepada petunjuk mengenai dakwaan terhadap 14 orang tersebut, yang telah dipecat.

Seorang paderi menyatakan dalam laporan Channel 13 bahawa kumpulan itu telah membentuk sebuah rangkaian salah laku seks sedekad yang lepas, dan terlibat dalam kelakuan seks tanpa memikirkan sama ada mangsa tersebut adalah bawah umur atau tidak.

Sebagai tambahan, pelaku menggunaka­n media sosial bagi mengawal interaksi mereka dengan mangsa dan menggunaka­n wang gereja untuk kunjungan ke luar negara termasuk perkhidmat­an kereta mahal bersama dengan teman muda, tambah laporan tersebut.

Pada minggu lepas, 34 orang uskup Chile mengumumka­n perletakan jawatan mereka bagi penderaan seksa kanakkanak di dalam gereja, selepas Pope Francis mengarahka­n mereka.

Francis yang dilahirkan di Argentina telah menyatakan ia tidak seharusnya berlaku lagi di bawah pengawasan­nya, namun Francis sendiri telah terperangk­ap dalam beberapa tragedi ketika beliau mempertaha­nkan uskup Chile Juan Barros yang telah dituduh sebagai menutupi salah laku Karadima.

Francis telah memohon maaf kepada mangsa, tiga orang daripada mereka yang beliau temui di Vatican, dan mengakui beliau telah melakukan “kesilapan besar” selepas membaca satu laporan sebanyak 2,300 muka surat mengenai penderaan di Chile.

Sejak 2000, kira-kira 80 orang paderi Roman Katolik telah dilaporkan kepada [pihak berkuasa di Chile bagi penderaan seksual.

B e b e r a p a a n a l i s i s menyatakan bahawa tradisi lama Chile sebagai mempunyai gereja tidak tertakluk kepada undang- undang awam membolehka­n ia sendiri mendapat kekebalan dan penutupan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERGOLAK: Pemandanga­n yang diambil dari Gereja di Rancagua, Chile baru-baru ini. Empat belas paderi terbabit dalam pederaan seks di Chile.
— Gambar AFP TERUS BERGOLAK: Pemandanga­n yang diambil dari Gereja di Rancagua, Chile baru-baru ini. Empat belas paderi terbabit dalam pederaan seks di Chile.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia