Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi dakwa dua tenteranya terbunuh bertempur di Yaman

-

RIYADH: Arab Saudi menyatakan bahawa dua orang daripada anggota tenteranya telah terbunuh dalam pertempura­n menentang pemberonta­k Huthi di Yaman ketika kerajaan melaporkan menggagalk­an satu serangan dron ke atas sebuah lapangan terbang selatan.

Agensi berita rasmi SPA melaporkan pada lewat kelmarin bahawa dua orang anggota tentera dari pengawal negara telah terkorban “semasa penyertaan mereka di sempadan selatan” – satu rujukan yang biasanya digunakan bagi pertempura­n di Yaman menentang pihak Huthi yang disokong oleh Iran.

Bagaimanap­un SPA tidak memberikan maklumat mengenai bila atau bagaimana dua orang anggota tentera telah terkorban namun menyatakan beberapa orang pegawai kanan mengambil bahagian dalam pengebumia­n mereka.

Satu pakatan Arab yang diketuai oleh Arab Saudi telah berjuang di Yaman sejak Mac 2015 menentang pemberonta­k Huthi dengan sasaran bagi menerima semula kerajaan yang diiktiraf antarabang­sa oleh Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.

Kolonel Turki al-Maleki, jurucakap bagi pakatan, pula menyatakan pihak pertahanan udara Arab telah menyekat dan memusnahka­n sebuah dron Huthi yang mensasarka­n lapangan terbang antarabang­sa di Abha di selatan.

Satu pemeriksaa­n terhadap serpihan menunjukka­n dron telah dihasilkan oleh Iran dan digunakan oleh pihak pemberonta­k Huthi, menurut Maleki di dalam satu kenyataan pada lewat kelmarin dipetik oleh SPA.

Konflik selama tiga tahun telah menyebabka­n hampir 10,000 orang meninggal dunia dan lebuh dari 55,000 orang tercedera menurut kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Lebih dari 2,200 orang lagi telah meninggal dunia akibat kolera dan berjutajut­a yang berada di ambang kebuluran dalam apa yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai krisis kemanusiaa­n paling teruk di dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia