Utusan Borneo (Sarawak)

AS akan teruskan sekatan walaupun Venezuela telah membebaska­n pasangan suami isteri AS dari pejara

-

WASHINGTON: Seorang rakyat Amerika dan isterinya yang telah ditahan selama hampir dua tahun di sebuah penjara Venezuela menerima sambutan wira di Rumah Putih ketika mereka pulang ke rumah kelmarin selepas pembebasan mereka – tindakan Caracas yang dikenakan sekatan dalam usaha untuk melakukan dialog dengan Washington.

Namun pegawai AS segera menolak sebarang cadangan bahawa langkah punitif terhadap Venezuela akan diringanka­n selepas pembebasan Joshua Holt, 26, dan isterinya Thamara Caleno.

“Sangat gembira kerana Josh Holt sekarang telah kembali ke pangkuan keluargany­a – di mana beliau sepatutnya berada. Sekatan diteruskan sehingga demokrasi kembali semula ke Venezuela,” Pence menyatakan di dalam Twitter.

Setiausaha Negara Mike Pompeo menyatakan ‘Polisi AS terhadap Venezuela kekal tidak berubah’.

Dalam satu kenyataan, beliau menambah bahawa ‘ Amerika Syarikat berdiri teguh menyokong rakyat Venezuela dan usaha mereka untuk kembali kepada demokrasi’.

Pembebasan pasangan itu selepas satu usaha selama dua tahun oleh Senator Utah Orrin Hatch dan selepas Sena- tor Bob Corker, pengerusi Jawatankua­sa Hubungan Luar Negara Senat, bertemu di Caracas pada Jumaat lepas dengan Maduro.

Senator tersebut bersama dengan Holt, isteri beliau, ibu bapa, anak perempuan pasangan yang dibebaskan Marian dan pegawai AS yang lain di Rumah Putih malam kelmarin bagi satu pertemuan dengan Presiden Donald Trump.

“Kamu seorang yang kuat. Ia adalah satu situasi yang sangat sukar,” menurut Trump.

“Kamu sememangny­a sangat berani.”

Selepas menyuaraka­n penghargaa­n beliau kepada presiden dan para pegawai AS ibu Holt, Laurie meambah: “Saya juga ingin menyatakan terima kasih kepada Presiden Maduro kerana membebaska­n Josh dan membenarka­n beliau pulang semula.”

Maduro mengarahka­n pembebasan pasangan itu sebagai satu “langkah” bertujuan untuk mendapatka­n dialog di antara Caracas dan Washington, Menteri Komunikasi Venezuela Jorge Rodriguez memberitah­u wartawan di Caracas.

Beliau menyatakan ia adalah sebahagian dari “usaha untuk mengekalka­n satu dialog yang dihormati, hubungan diplomatik dengan hormat, yang memberikan peluang dibuka bagi mengelakka­n penindasan terhadap (Venezuela).”

Beliau dikatakan sebagai merujuk kepada sekatan AS, yang Washington telah memperketa­tkan sejak Maduro dilantik semula pada 20 Mei dalam pilihan raya yang ditolak oleh AS sebagai satu “penipuan.”

Sekatan yang diketatkan akan menyukarka­n usaha Venezuela untuk menjual IOU kewangan dikenali sebagai “akaun penerimaan”. Pegawai kanan pentadbira­n AS menyatakan kaedah itu telah digunakan bagi mengumpulk­an hasil [pendapatan yang diperlukan bagi rejim yang kekurangan tunai.

Holt, seorang pendakwah Mormon berusia 26 tahun dari Utah, telah pergi ke Venezuela pada Jun 2016 untuk mengahwini Caleno, yang beliau telah kenali melalui internet.

Sejurus selepas berkahwin, pasangan itu ditangkap oleh pihak perkhidmat­an perisikan Venezuela Sebin, dan dituduh sebagai memiliki senjata dan merancang untuk menentang kerajaan Maduro.

Pegawai kanan di dalam rejim melabel Holt sebagai seorang pengintip AS. Pada Disember, Kementeria­n Kehakiman memutuskan untuk menghadapk­an pasangan itu dalam perbicaraa­n, dan menolak satu petisyen bagi pembebasan­nya secara ber- syarat.

Holt dan isterinya telah ditahan di sebuah penjara di Caracas dikenali sebagai Helicoide di mana Sebin mengurung tahanan politik.

Pada awal bulan ini, beliau muncul semasa satu bantahan oleh aktivis penentang yang dipenjarak­an di dalam bangunan besar di atas bukit, dan merayu bagi bantuan AS di dalam sebuah video yang dihantar di dalam Twitter.

“Saya berasa sangat bersyukur,” Holt menyatakan dalam pertemuan dengan Trump.

Selepas Trump memper- ketatkan sekatan, Maduro telah membalas balik dengan memberikan masa kepada dua orang diplomat kanan AS di negara ini selama 48 jam untuk pergi, menuduh mereka sebagai bersubahat menentang kerajaanny­a.

Ketika mengangkat sumpah pada Khamis lepas, Maduro memaklumka­n bahawa sekatan sebagai menjejaska­n dan “kami perlu untuk menukar negara ini.”

Pada Jumaat lepas, pemerhati hak asasi manusia melaporkan pembebasan 20 orang aktivis yang telah dipenjarak­an di wilayah barat Zulia kerana membantah kerajaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIDANG MEDIA: Jorge Rodriguez mengadakan sidang media di istana presiden Miraflores­di Caracas kelmarin, mengumumka­n pembebasan rakyat AS Joshua Holt yang sudah tiba di Amerika Syarikat.
— Gambar AFP SIDANG MEDIA: Jorge Rodriguez mengadakan sidang media di istana presiden Miraflores­di Caracas kelmarin, mengumumka­n pembebasan rakyat AS Joshua Holt yang sudah tiba di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia