Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Israel serang dua sasaran Hamas di Semenanjun­g Gaza

-

KOTA GAZA: Pesawat Israel telah menyerang dua sasaran Hamas di Semenanjun­g Gaza pada malam kelmarin, namun tiada laporan lanjut mengenai kemalangan jiwa, sumber keselamata­n Palestin di wilayah pantai berkata.

Salah satu daripada sasaran, di pekan selatan Rafah, merupakan sebuah fasiliti bagi sayap tentera untuk pergerakan Islamis, Briged Ezzedine al- Qas- sam, menurut sumber. Sementara yang satu lagi menurut mereka hanya sebuah kawasan Hamas di tengah semenanjun­g.

Pihak tentera Israel menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ‘beberapa buah jet pejuangnya telah menyerang sasaran tentera di sebuah kawasan milik organisasi pengganas Hamas di selatan Semenanjun­g Gaza’.

Ia tidak mengesahka­n satu serangan kedua.

Kenyataan menyatakan bahawa operasi itu sebagai respon kepada satu serangan mendadak di seberang sempadan Gaza pada awal hari tersebut oleh penentang Palestin yang segera melarikan diri semula ke wilayah Palestin.

Ia menambah bahawa serangan itu juga sebagai serangan balas bagi beberapa cubaan pihak Palestin untuk merosakkan pagar sempadan dan “infrastruk­tur keselamata­n” semasa bantahan sempadan yang dilakukan.

Sekurang-kurangnya 116 orang rakyat Palestin telah dibunuh oleh serangan Israel di Semenanjun­g Gaza sejak bantahan besar-besaran meletus pada 30 Mac, menurut kepada jumlah yang baharu dikeluarka­n daripada kementeria­n kesihatan di semenanjun­g yang dikawal oleh Hamas.

Tiada rakyat Israel yang telah terbunuh sepanjang tempoh tersebut.

Tunjuk perasaan peringkat bawah di sepanjang sempadan telah berterusan sejak bantahan memuncak pada 14 Mei, ketika sekurangku­rangnya 61 orang rakyat Palestin meninggal dunia sementara berpuluh ribu orang penduduk Gaza membantah ketika AS memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke BaitulMaqd­is.

Israel menyatakan tindakanny­a adalah perlu bagi mempertaha­nkan sempadan dan menghentik­an serangan besar- besaran ke dalam wilayahnya.

Ia menuduh Hamas, yang ia telah perangi dalam tiga peperangan sejak 2008, sebagai cuba untuk menggunaka­n protes sebagai muslihat bagi melakukan keganasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia