Utusan Borneo (Sarawak)

Pakistan akan mengadakan pilihan raya umum pada 25 Julai

-

ISLAMABAD: Pakistan akan mengadakan pilihan raya umum pada 25 Julai, menurut seorang jurucakap presiden kelmarin, menawarkan prospek bagi apa yang mungkin sebagai pemindahan kuasa secara demokratik yang kedua di negara bersenjata nuklear ini.

“Presiden telah meluluskan 25 Julai sebagai tarikh bagi mengadakan pilihan raya umum di negara ini,” seorang jurucakap dari pejabat Mamnoon Hussain memberitah­u AFP.

Tarikh tersebut turut disahkan oleh akaun Twitter kerajaan Pakistan dan telah dilaporkan oleh syarikat media negara.

Pengumuman muncul ketika kerajaan sekarang m e m a s u k i m i n g g u terakhirny­a memegang jawatan. Ia dijangkaka­n akan menyerahka­n kuasa kepada sebuah pentadbira­n sementara dalam masa beberapa hari akan datang.

Kemelut berterusan menggegark­an negara selepas bekas perdana menteri Nawaz Sharif dipecat oleh Mahkamah Agung pada Julai lepas bagi tuduhan rasuah dan kemudian dilarang untuk berpolitik seumur hidup.

Sharif merupakan perdana menteri ke15 dalam sejarah Pakistan selama 70 tahun – kira-kira separuh daripadany­a di bawah pemerintah­an tentera – yang dipecat sebelum menamatkan satu penggal penuh.

Selepas Sharig dipecat dari jawatannya, Shahid Khaqan Abbasi dari parti pimpinan Sharif, Pakistan Muslim League- Nawaz ( PML- N) telah mengambil alih jawatan perdana menteri.

Pakistan telah melengkapk­an pemindahan demokratik­nya yang pertama selepas pilihan raya pada 2013, ketika kerajaan diketuai oleh Pakistan People’s Party diserahkan kepada PMLN, selepas satu kemenangan tipis.

Pilihan raya umum adalah kemungkina­n besar dijangkaka­n melibatkan PML- N berdepan dengan lawan utamanya, parti Pakistan Tehreek- e- Insaf yang diketuai oleh bekas bintang kriket Imran Khan.

Sejak beliau dipecat, Sharif dan PML-N telah menjadi semakin lantang dalam konfrontas­i mereka dengan pasukan tentera dan mahkamah di negara ini, mendakwa mereka adalah mangsa kepada satu konspirasi bagi mengurangk­an kuasa parti mereka.

Di sebalik beberapa keputusan mahkamah terhadap PML- N, parti itu telah memenangi satu rangkaian pilihan raya kecil baru-baru ini membuktika­n ia akan berkemungk­inan kekal sebagai satu kuasa yang berkuasa. — AFP

 ??  ?? DIPECAT: Sharif mengadakan sidang akhbar di Pakistan, barubaru ini.
DIPECAT: Sharif mengadakan sidang akhbar di Pakistan, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia