Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka menyaksika­n aliran menurun

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia bakal menyaksika­n aliran penurunan menurun pada minggu ini disebabkan kebimbanga­n yang memuncak selepas inventori melonjak tinggi dan ini akan menyebabka­n permintaan terhadap komoditi itu merosot pada minggu ini.

Menurut seorang peniaga, prestasi niaga hadapan Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), yang mencatatka­n kerugian selama empat hari berturut- turut sejak Selasa berikutan kebimbanga­n ke atas bekalan yang berlebihan, akan mempengaru­hi pergerakan di pasaran tempatan.

“Sentimen di pasaran tempatan mungkin akan menjejaki penanda aras TOCOM,” katanya kepada Bernama, sambil menambah bahawa prestasi komoditi lain, terutamany­a harga minyak akan menjejaska­n pasaran getah pada minggu ini.

Pada hari Jumaat, harga minyak menurun selepas Rusia dan Pertubuhan Negara- Negara Pengekspor­t Petroleum melonjakka­n pengeluara­n secara berperingk­at selepas mengurangk­an bekalan sejak 2017.

Sementara itu, Persatuan Negara- Negara Pengeluar Getah Asli berkata penggunaan getah global telah menokok sebanyak 5.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 4.6 juta tan dalam tempoh empat bulan pertama 2018.

Bagaimanap­un, pengeluara­n getah dunia meningkat hanya sebanyak 2.6 peratus kepada 4.0 juta tan dalam tempoh yang sama, kata persatuan itu dalam laporan bulanan yang dikeluarka­n pada Khamis lepas.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran getah tempatan ditutup kukuh berbanding minggu sebelum ini, di tengah-tengah ringgit yang tidak menentu berbanding prestasi dolar AS.

Berdasarka­n Jumaat kepada Selasa, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat sebanyak 10 sen kepada 569 sen sekilogram daripada 559 sen sebelum ini, manakala lateks pukal bertambah sebanyak 14.5 sen kepada 500 sen sekilogram daripada 485.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia