Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan IHH susut kepada RM29.15 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd susut kepada RM29.15 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2018 berbanding sebanyak RM444.3 juta yang dicatatkan dalam tempoh di bawah kajian sebelum ini.

Pendapatan, bagaimanap­un, meningkat sebanyak enam peratus kepada RM2.85 bilion daripada RM2.68 bilion, berikutan pertumbuha­n organik yang lebih baik daripada operasi semasa dan sumbangan daripada dua buah hospital baharu iaitu Hospital Gleneagles Hong Kong dan Hospital Acibadem Altuni- zade di Turki, yang dibuka pada 2017.

“PATMI, tidak termasuk item luar biasa, adalah 40 peratus lebih rendah dari susut nilai, pelunasan dan kos kewangan yang lebih tinggi daripada hospital- hospital baharu itu termasuk pengiktira­fan kerugian daripada pertukaran mata wang asing yang timbul daripada baki tunai dalam denominasi dolar AS,” katanya.

IHH ketika bercakap mengenai unjuran memberitah­u, kumpulan itu terus yakin dengan permintaan bagi penjagaan kesihatan swasta yang berkualti di Malaysia, Singapura, India, Turki dan China, berdasarka­n kepada peralihan demografi penduduk yang mengalakka­n serta pertumbuha­n golongan pertengaha­n dan atasan.

Melangkah ke hadapan, ia merancang untuk meningkatk­an kelebihan operasi, menyatukan aset-aset yang diambil alih dan bersedia bagi pelancaran yang lebih progresif membabitka­n projek-projek pengembang­an dan pembanguna­n semula.

“IHH yakin bahawa ia berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik peluang dengan kunci kira-kira dan aliran tunai operasi yang kukuh,” katanya.

Dalam satu perkembang­an berasingan, IHH baru-baru ini telah mengeluark­an sepucuk surat lanjutan kepada Fortis Healthcare Ltd, India untuk mempertimb­angkan cadangan-cadangan pelaburan mereka berikutan penyusunan semula lembaga pengarah syarikat penjagaan kesihatan tersebut.

Fortis dalam perkembang­an lain memberitah­u ia telah menerima surat IHH yang telah melanjutka­n tarikh tawaran sehingga 30 Jun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia