Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran akan stabil jika dasar jelas

Tidak menentu sekurang-kurangnya 100 hari pentadbira­n kerajaan PH

-

KUALA LUMPUR: Banyak faktor yang mempengaru­hi pasaran, namun aliran keluar dana dalam ekuiti baru-baru ini, menimbulka­n kebimbanga­n ramai pihak. Penganalis­is bagaimanap­un berpendapa­t keadaan ini akan beransur-ansur stabil sebaik sahaja dasar-dasar kerajaan kukuh.

Dana asing dilaporkan membawa keluar sebanyak RM2.48 bilion daripada ekuiti tempatan minggu lepas, sebagai reaksi balas terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang diluar jangka, selain ketidakten­tuan pasaran secara berterusan minggu lepas berikutan perkembang­an dan pendedahan angka mengejutka­n termasuk hutang negara.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pasaran akan terus tidak menentu, sekurangku­rangnya dalam tempoh 100 hari pertama pentadbira­n kerajaan baharu, dengan penggiat pasaran menunggu lebih banyak pengumuman dasar.

Beliau berkata, pasaran akan normal apabila ‘keadaan kembali tenang’.

“Banyak faktor yang mempengaru­hi pasaran. Kebimbanga­n baharu terhadap geopolitik di Korea Utara, serta Timur Tengah menyebabka­n peserta pasaran enggan membeli banyak dan memilih untuk memegang lebih banyak instrumen seperti wang tunai bagi mengelak risiko yang semakin besar,” katanya.

Pada masa yang sama, kebimbanga­n terhadap kedudukan hutang kerajaan seperti yang diumumkan oleh Kementeria­n Kewangan (MoF) menyebabka­n pasaran menjadi lebih berhati-hati, namun jaminan oleh kementeria­n untuk melaksanak­an kewajipan melunaskan hutangnya, dapat mengurangk­an kebimbanga­n, katanya kepada BERNAMA.

Menurut MoF, jumlah hutang negara berjumlah RM1.087 trilion, atau 80.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada akhir 2017, selepas hutang rasmi, liabiliti luar jangka dan pembayaran pajakan bagi perkongsia­n awam swasta telah dijadualka­n bersama.

“Aliran keluar dana asing masih boleh berlaku dalam jangka masa terdekat. Namun, berdasarka­n saiz aliran keluar tersebut yang melampau, ia mungkin sudah berakhir, terutama berdasarka­n fundamenta­l ekonomi Malaysia yang masih kukuh.

“Selain itu, penilaian ringgit yang kurang daripada nilai sebenar juga boleh menarik dana asing untuk membeli saham Malaysia,” kata Mohd Afzanizam.

Beliau berkata ringgit akan kekal dalam pergerakan kecil, antara 3.97 dan 3.98 berbanding dolar AS, dalam tempoh 100 hari pertama.

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an Inter- Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata tahap jualan dalam ekuiti tempatan semakin berkurang, disokong oleh aktiviti belian oleh pelabur tempatan.

“Proses akan berjalan beransur-ansur (untuk membawa masuk dana asing). Kita perlu bekerja keras untuk meningkatk­an keyakinan mereka, saya yakin kita akan dapat melaksanak­annya, namun ini akan mengambil sedikit masa.

“Tindakan pertama apabila membeli dana tempatan, saya percaya mereka perlu menumpukan perhatian kepada saham mewah yang mungkin membantu meningkatk­an semula indeks. Saya tidak fikir ia akan mencapai tinggi tertinggi, namun ini akan mengurangk­an kerugian sejak mencatat paras tertinggi pada 19 April 2018, “kata Pong.

FBM KLCI mencatat paras tertinggi 1,895.18 pada 19 April, didorong oleh pembelian dana di kaunter perbankan dan berkaitan Petronas, menjelang PRU14 pada 9 Mei.

Sambil mengakui pendapat Mohd Afzanizam, Pong berkata antara punca utama yang mendorong dana asing melepaskan pegangan mereka dalam ekuiti tempatan ialah kebimbanga­n terhadap hutang awam, yang lebih tinggi daripada yang diumumkan sebelumnya.

“Selain itu, isu berkaitan pasaran pesat membangun (EM). (Aset) EM dijual ekoran kebimbanga­n mengenai aliran keluar yang bermula dengan peningkata­n nilai dolar AS. Dolar AS mengukuh disebabkan pulangan lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) (yang cenderung melemahkan mata wang dalam pasaran EM secara mendadak,” katanya.

Bagi Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, pengumuman mengenai kedudukan kewangan negara terutama mengenai hutang dan liabiliti, bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan penggiat kewangan, kecuali beberapa butiran yang tidak didedahkan kepada umum.

Beliau berkata pendedahan ini mungkin menimbulka­n kejutan, namun ia tidak akan menjurus kepada penurunan dalam penarafan kredit negara.

“Asas- asas ekonomi kita kukuh dan pasaran perbankan dan pasaran modal mempunyai modal yang baik dan cergas.

“Secara semula jadi, akan ada tempoh peralihan dengan kerajaan baharu membuat penilaian kedudukan semasa dan mengenal pasti kaedah melaksanak­annya.

“Pada masa ini, pembentuka­n CEP (Majlis Penasihat Kerajaan) dan pasukan petugas untuk menangani isu-isu penting merupakan tindakan yang tepat untuk menenangka­n pelabur domestik dan asing.

“Apabila arah tuju dasar semakin jelas, keyakinan pelabur akan pulih,” katanya.

Mengenai ringgit, beliau berkata mata wang tempatan itu akan terus tertekan berdasarka­n perkembang­an sejak kebelakang­an ini, baik dalam atau di luar negara.

“Dolar AS terus mengukuh apabila hasil bon negara itu meningkat, sekali gus menekan ringgit. Bagaimanap­un, kami masih mengekalka­n sasaran 3.95 bagi ringgit pada akhir tahun,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank Bhd Adam Mohamed Rahim berkata bank itu menjangkak­an jualan asing mungkin berterusan sepanjang tahun, dengan fasa belian sekejap-sekejap.

Malah katanya semasa PRU13, semasa kerajaan terdahulu berkuasa, dana melonjak masuk ke pasaran saham Malaysia sehari selepas pilihan raya sehingga meningkat kepada RM1.43 bilion, namun kembali ke paras normal dan seterusnya kembali menjual dengan dana asing menjual bersih 24 daripada 34 minggu berbaki.

Oleh itu, jualan dijangkaka­n berterusan sehingga akhir tahun, katanya.

Memandangk­an para pelabur asing cenderung untuk memasuki pasaran ekuiti tertentu sebelum pilihan raya, sasaran bagi pelabur asing untuk mengumpul saham di ASEAN berikutnya ialah Thailand dan Indonesia.

“Pilihan raya di Thailand dan Indonesia dijangka diadakan masing-masing pada Februari 2019 dan April 2019,” katanya.

Difahamkan pelabur asing di Malaysia mengumpul RM14.6 bilion pada 2012 dan RM10.3 bilion pada tahun 2017, setahun sebelum pilihan raya.

Bagi minggu lepas, beliau berkata dana asing menjual ekuiti Malaysia sejak Isnin hingga Khamis membabitka­n hampir RM812 juta yang memperliha­tkan jualan berterusan selama 4 hari,

Ekuiti tempatan bernilai kira-kira RM4.5 bilion dibawa keluar oleh pelabur asing dalam tempoh 14 hari, mengatasi aliran masuk RM2.5 bilion yang dicatatkan sejak awal tahun ini sehingga sebelum PRU14.

Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidik­an Kumpulan Perbankan RHB, Dr Arup Raha berkata sejak pasaran mula menjangkak­an kenaikan kadar faedah AS yang lebih cepat daripada jangkaan, dan dolar AS mula mengukuh pada awal tahun ini, berlaku aliran keluar dana dari pasaran pesat membangun.

“Malaysia tidak terkecua- li, dengan menerima aliran masuk sehingga akhir April. Namun risiko pasaran juga meningkat seperti yang dapat dilihat di Argentina atau Turki, dan Malaysia juga tidak terkecuali. Dana juga keluar dari Malaysia,” katanya.

Arup berkata negara yang terdedah kepada aliran keluar membabitka­n ekonomi yang memerlukan dolar AS, yang bermaksud, negara dengan defisit akaun semasa atau hutang dolar jangka pendek yang tinggi atau mempunyai keperluan yang besar untuk mengimport tenaga.

“Malaysia bukan daripadany­a. Ia agak selamat, walaupun ia tidak terkecuali. Aliran keluar dijangkaka­n kembali sederhanq, jika tidak berhenti, apabila risiko luar berkuranga­n,” katanya.

Mengenai hutang kerajaan, beliau berkata perubahan hutang ialah 14.9 peratus daripada KDNK, yang bukan angka yang ketara.

Namun, tidak termasuk liabiliti kontinjen, hutangnya membabitka­n kira- kira 65 peratus daripada KDNK, yang tidak mewajarkan penarafann­ya diturunkan walaupun sudah pasti menarik perhatian agensi penarafan, katanya.

Oleh itu, dasar yang akan dilaksanak­an sangat penting, katanya

Jika kerajaan Pakatan Harapan menunjukka­n ia akan mengekalka­n defisit fiskal dan mempunyai rancangan untuk mengurangk­an tahap hutang, ini akan memberi keyakinan yang diperlukan kepada pelabur dan agensi penarafan, katanya.

Bagi ringgit, Arup berkata kumpulan RHB menjangkak­an dolar AS akan terus mengukuh, sekali gus melemahkan ringgit sejak pertengaha­n Januari.

“Kami mengekalka­n unjuran ini, terutama dengan momentum pertumbuha­n di Amerika Syarikat dan tempat lain di dunia yang mula meningkat. Kami menjangkak­an penyusutan ringgit beransur-ansur berbanding dolar AS, namun kekal sebagai antara mata wang serantau yang lebih kukuh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia