Utusan Borneo (Sarawak)

WTK kembali catat keuntungan melalui untung daripada pemisahan anak syarikat

-

KUALA LUMPUR: WTK Holdings Bhd kembali mencatatka­n k e u n t u n g a n b e r - s i h i a i t u s e b a n y a k RM63.18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2018, daripada kerugian bersih RM4.28 juta tahun sebelumnya, berikutan keuntungan sebanyak RM120.23 juta yang diperoleh melalui pemisahan anak syarikat milik penuhnya.

Perolehan susut kepada RM183.23 juta daripada RM209.52 juta sebelumnya kerana ia mencatatka­n jualan balak yang rendah akibat kekurangan kayu yang berkualiti.

Dalam makluman kepada Bursa Malays i a , s y a r i k a t b e r k - enaan menyatakan keuntungan yang baik itu adalah berikutan perolehan daripada pemisahan Alanya Marine Ventures Sdn Bhd. Anak syarikat berkenaan adalah unit utama bahagian minyak dan gas kumpulan berkenaan yang digulung pada Februari.

Untuk masa hadapan, kumpulan berkenaan menjangka, peningkata­n dalam ekonomi Jepun, selain pasaran yang besar pekerjaan dan kerja berkaitan sukan Olimpik Tokyo 2020, akan memberikan kesan positif kepada perniagaan papan lapisnya.

Bagaimanap­un, i a juga bergantung kepada keupayaan kumpulan berkenaan untuk mengatasi kekangan bekalan tertunggak yang disaksikan pada suku pertama, katanya.

WTK menambah, kumpulan berkenaan akan berterusan meningkatk­an usaha untuk meluaskan jangkauan pasaran dan asas pelanggan.

“Melalui kesemua usaha i ni, kumpulan berkenaan yakin mencapai pertumbuha­n sederhana pada 2018,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia