Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Dayak di Sibu

Kerajaan sedia beri sokongan kepada SDNU Sibu bina Rumah Dayak

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Hasrat dan impian masyarakat Dayak di sini sejak beberapa dekad lalu mahu melihat sebuah Rumah Dayak didirikan di Sibu bakal direalisas­ikan selepas mendapat perhatian kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri bersedia memberi sokongan kepada Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) Sibu untuk membina Rumah Dayak di sini.

“Cadangan mendirikan sebuah Rumah Dayak di Sibu memang sudah lama diperkatak­an oleh komuniti di sini iaitu sejak saya mula berkhidmat di Sibu pada 1976-1977 dahulu.

“Namun sehingga hari ini masih belum dilaksanak­an. Justeru, bagi mereal- isasikan hasrat dan impian komuniti Dayak di sini saya bersedia membantu menjadikan impian ini menjadi kenyataan,” katanya pada Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018 di Dewan Suarah Sibu, malam kelmarin.

Hadir sama isterinya, Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Sains Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti merangkap Setiausaha Agung SDNU Datuk Alice Jawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong, Petrus Igat Matthias serta Daniel Bujal, Temenggung Stanley Gramong dan Pengerusi SDNU Sibu yang juga pengerusi pengelola, Chambai Lindong.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu mahu ahli-ahli SDNU Sibu komited memfokuska­n perkara tersebut dengan bersungguh-sungguh demi impian masyarakat Dayak di sini selama ini.

“Ini kerana kita tidak mahu seperti Rumah Dayak di Kuching dan kita masing-masing tahu apa terjadi dengan projek itu.

“Oleh itu, saya menyeru kepada Jawatankua­sa SDNU Sibu yang terlibat dengan pelaksanaa­n Rumah Dayak supaya lebih fokus,” jelasnya.

Bercakap mengenai perkara lain, Uggah berkata satu forum atau simposium akan diadakan pada Julai akan datang.

ADUN Bukit Saban itu menjelaska­n bahawa forum itu menjadi satu landasan membincang­kan hala tuju rakyat dan negeri ini pada 2030.

“Kita berhasrat menuju ke peringkat lebih baik bersama, tidak ketinggala­n melonjakka­n ekonomi lebih tinggi menjelang 2030.

“Semua dilaksanak­an itu adalah untuk manfaat semua rakyat di negeri ini agar tidak ketinggala­n dari segi menjana pendapatan lebih tinggi pada 2030,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut memuji usaha SDNU Sibu mengagihka­n insentif pendidikan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Seramai 175 pelajar Dayak menerima insentif pendidikan yang disampaika­n Uggah.

Sebagai tanda sokongan terhadap peruntukan insentif itu, Uggah turut mengumumka­n peruntukan sejumlah RM10,000.

Selain itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan RM30,000 kepada jawatankua­sa majlis praGawai itu dan RM10,000 lagi untuk Kelab Gagong Sarawak.

Cadangan mendirikan sebuah Rumah Dayak di Sibu memang sudah lama diperkatak­an oleh komuniti di sini iaitu sejak saya mula berkhidmat di Sibu pada 19761977 dahulu. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? TANDA INGATAN: Chambai (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah selepas menyempurn­akan Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018 malam kelmarin.
TANDA INGATAN: Chambai (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah selepas menyempurn­akan Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia