Utusan Borneo (Sarawak)

‘Cuit-Cuit Che Ta’ temu bual bersama selebriti, usahawan berjaya di TV Okey

-

SELEBRITI cantik Che Ta sepanjang Ramadan ini muncul dalam program ‘Cuit-Cuit Che Ta’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 21 Mei lepas, setiap hari, jam 11 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 109).

Sepanjang 26 episod siarannya, Che Ta menjelajah ke beberapa buah negeri bertujuan menemui beberapa orang tokoh selebriti tersohor yang terdiri daripada kalangan artis dan usahawan berjaya untuk mencungkil maklumat mengenai pengisian ruang masa lapang mereka pada bulan Ramadan.

Selain daripada menemui tokoh-tokoh tersebut dipaparkan juga keistimewa­an sesuatu tempat menarik yang menjadi kunjungan umum di persekitar­an tempat tinggal tokoh-tokoh tersebut.

Episod pengenalan­nya membawa penonton menikmati keindahan Taman Tasik Biru Kundang sebelum berkunjung ke rumah Dato’ Sri Aliff Syukri, seorang tokoh kosmetik dan pemilik D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd.

Menurut Dato’ Sri Aliff masa rehatnya pada bulan Ramadan banyak dihabiskan di rumah bersama dengan binatang peliharaan­nya seperti kuda dan burung unta. Beliau juga suka memasak dan pengacara berpeluang menikmati masakan Asam Pedas Kepala Jenahak ketika berbuka puasa.

Seterusnya berkunjung ke rumah Emelda Rosmila seorang artis TV popular yang menetap di Ipoh, Perak. Menurut Emelda pada bulan Ramadan beliau banyak menghabisk­an masanya bersama keluarga di rumah dan mengikuti kelas-kelas pengajian agama di masjid.

Beliau juga banyak menghabisk­an masa di kedai butiknya. Emelda membawa Che Ta ke ‘Movie Animation Park Ipoh’ sebuah taman tema yang menjadi kebanggaan masyarakat di Ipoh. Mereka berbuka puasa di sebuah restoran terkenal di bandar raya tersebut.

Episod berikutnya bersama tetamu Wak Doyok seorang usahawan, pelakon dan ikon fesyen terkenal di Bandar Diraja Kelang, Selangor.

Menurut Wak Doyok pada bulan Ramadan beliau lebih menumpukan kerja kepada ‘photoshop’ dan kurang bergerak aktif di bidang seni.

Beliau mempunyai beberapa buah restoran iaitu di Shah Alam, Sungai Besi dan Damansara. Beliau mempunyai sebuah bangunan pejabat di Shah Alam yang diberi nama Legasi WD.

Berkunjung ke rumah Ezad Lazim di Kedah. Menurutnya pada bulan Ramadan aktiviti beliau banyak bersama keluarga, menunaikan solat tarawih di masjid dan juga menjalanka­n perniagaan menjual Baju Melayu dan jubah.

Penonton dibawa meronda ke beberapa tempat menarik di Johor Bahru menemui usahawan dan pelakon TV terkenal iaitu Betty Banafee.

Aktivitiny­a pada bulan Ramadan mengikuti kelas bacaan al-Qur’an, menjemput pelajar tahfiz dan anak-anak yatim berbuka puasa dan menganjurk­an perjumpaan keluarga di rumahnya. Beliau memliki sebuah restoran yang menyediaka­n berbagai jenis menu dengan harga yang berpatutan.

Lain-lain artis terkenal yang ditemu bual Che Ta termasukla­h pengarah filem terkenal Mamat Khalid, Dafi yang mengurangk­an aktiviti seninya di bulan Ramadan dan menumpukan hal- hal yang berkaitan dengan keagamaan dan menumpukan bisnes ‘homestay yang diusahakan olenya di Indonesia, Fizz Fairuz yang menumpukan kepada bisnesnya iaitu menjual baju kurta dan sambal hitam, Tengku Amaris berbuka di luar bersama dengan anakanak yatim, ibu-ibu tunggal dan bersama golongan asnaf, juga Nazrief Nazri pernah membantu ibunya berniaga di Pasar Ramadan

Berikutnya bersama Lan Pet Pet yang banyak menghabisk­an masa beriktikaf di masjid atau surau menunaikan solat tarawikh, Qazem Nor yang mengurangk­an aktiviti lakonan dan memberi tumpuan kepada bidang perniagaan jamu dan baju kanak-kanak.

Ada juga temu bual bersama Eddie Hamid yang menumpukan kepada kegiatan amal terutama kepada golongan yang memerlukan dan Azza Rima yang banyak berehat dan kurang aktif di bidang seni Ramadan ini.

Selain artis, Che Ta bakal muncul bersama tetamu usahawan wanita berjaya seperti Dato’ Rokiah iaitu seorang usahawan wanita berjaya yang menerajui syarikat permotoran, perhotelan, restoran dan salon.

Bersama Faziani Rohban, Pengarah Urusan dan pengasas produk kecantikan dan kesihatan Dynars, yang selalunya di awal Ramadan akan menunaikan umrah.

Di Ipoh pula bersama Dato’ Seri Vida, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Qu Puteh yang banyak memberi ruang masa bersama anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.

Che Ta turut berkesempa­tan bersama Chef Selebriti terkenal Chef Yang Jamil, yang lazimnya sepanjang Ramadan beliau menyediaka­n bubur lambuk percuma kepada orang ramai di sekitar Damansara.

Istimewa dalam episod akhir apabila Che Ta berada di rumahnya sendiri di Alor Setar, Kedah. Beliau berbicara mengenai aktivitiny­a sendiri sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya beliau banyak menguruska­n perniagaan­nya di Kuala Lumpur di samping menerima undangan berbuka bersama-sama dengan anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan. Beliau juga tidak banyak melakukan aktiviti seni sepanjang Ramadan.

Saksikan ‘Cuit-Cuit Che Ta’ setiap hari, jam 11 pagi di saluran TV Okey.

 ??  ??
 ??  ?? Episod bersama Betty Benafe.
Episod bersama Betty Benafe.
 ??  ?? Episod bersama Chef Yang Jamil.
Episod bersama Chef Yang Jamil.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia