Utusan Borneo (Sarawak)

Kad kuning lengkapkan minggu kontrovers­i Sterling England menewaskan Nigeria 2-1 pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Wembley Sabtu lepas

-

LONDON, England: England memulakan persediaan ke Piala Dunia 2018 dengan kemenangan 2- 1 ke atas Nigeria pada perlawanan persahabat­an tetapi pemain sayapnya, Raheem Sterling menamatkan minggu kontrovers­i dengan kad kuning kerana sengaja merebahkan diri.

Skuad kendalian Gareth Southgate mendahului 2-0 menerusi gol Gary Cahill dan kapten pasukan Harry Kane pada aksi memberangs­angkan dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Wembley Sabtu lepas.

Tetapi aksi memberangs­angkan itu sedikit tercemar selepas rehat dengan Alex Iwobi merapatkan kedudukan buat Nigeria, yang hampir mengikat kedudukan selepas mendedahka­n kelemahan format tiga pemain pertahanan dengan serangan dari bahagian sayap.

Southgate masih mempunyai masa untuk menggunaka­n format permainan itu ketika England mempunyai satu lagi perlawanan persahabat­an – menentang Costa Rica di Leeds Khamis ini sebelum berlepas ke Rusia dan memulakan kempen dalam Kumpulan G menentang Tunisia pada 18 Jun.

“Kami bermain dengan sangat baik, terutama sekali ketika menguasai bola. Jauh lebih bagus dari situasi yang sama pada perlawanan sebelum ini,” tegas Southgate.

“Tempoh yang membawa gol pertama, mereka mengubah corak permainan mereka dan kami mengambil sedikit masa untuk menyesuaik­an diri.

“Tetapi selepas itu, kami

Kami bermain dengan sangat baik, terutama sekali ketika menguasai bola. Jauh lebih bagus dari situasi yang sama pada perlawanan sebelum ini. Gareth Southgate Jurulatih England

mengharung­inya dengan baik. Ia lebih satu latihan yang baik untuk kami menyesuaik­an diri.”

Tetapi beliau juga harus mengadakan satu lagi perbualan serius dengan Sterling selepas kontrovers­i b a h a r u p e - main ke- l a b M a n - c h e s t e r ke-39 apabila hantaran beliau disempurna­kan Kane.

Malah penjaga gol England, Jordan Pickford, yang membuat penampilan ketiga bersama England, tidak begitu diuji dalam separuh masa pertama.

Tetapi penjaga gol berusia 24 tahun mengutip bola dari dalam pintu golnya seawal minit ketiga selepas rehat apabila format tiga pemain pertahanan England terdedah.

Namun gol penyamaan tidak muncul selepas itu dengan pertahanan England mengubah kesilapan mereka dan mempertaha­nkan kedudukan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MINGGU SUKAR: Sterling (tengah) dilayangka­n kad kuning kerana sengaja menjatuhka­n diri dalam kotak penalti pada perlawanan di Wembley, London Sabtu lepas.
— Gambar AFP MINGGU SUKAR: Sterling (tengah) dilayangka­n kad kuning kerana sengaja menjatuhka­n diri dalam kotak penalti pada perlawanan di Wembley, London Sabtu lepas.
 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia