Utusan Borneo (Sarawak)

17 lagi ditangkap kerajaan Arab Saudi

-

RIYADH: Arab Saudi kelmarin berkata ia telah menahan 17 orang kerana menggugat keselamata­n negara itu, dalam apa yang disebut oleh aktivis sebagai satu tindakan menyeluruh ke atas aktivis hanya beberapa minggu sahaja sebelum larangan ke atas wanita memandu berakhir.

Kumpulan hak asasi manusia sebelum ini melaporkan penangkapa­n sekurang- kurangnya 11 orang pada bulan lepas, kebanyakan­nya dikenali sebagai aktivis wanita untuk hak memandu dan untuk menamatkan sistem penjagaan lelaki di negara Islam yang konservati­f itu.

Tanpa menamakan sesiapa, pejabat pendakwa raya berkata jumlah tahanan seramai 17 orang, dan menambah lapan daripada mereka sudah dibebaskan buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Sembilan suspek, termasuk empat wanita, masih dalam tahanan setelah mereka mengaku terhadap beberapa tuduhan seperti hubungan yang mencurigak­an dengan organisasi musuh dan merekrut orang dalam jawatan kerajaan yang sensitif, ia menyebut dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Agensi Media Saudi (SPA).

Kenyataan itu menuduh tahanan menyelaras aktiviti yang menggugat keselamata­n dan kestabilan negara.

Laporan sebelum ini dalam media yang disokong oleh kerajaan melabel segelintir tahanan sebagai pengkhiana­t dan ejen kedutaan.

Aktivis menolak laporan itu sebagai satu kempen memburuk-burukkan mereka.

Tindakan berkenaan turut mencetuska­n kritikan global, yang membayangi usaha liberalisa­si oleh negara itu yang menerima publisiti meluas selepas ia dilancarka­n oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Baginda yang menganggap diri seorang reformis itu cuba menamatkan sekatan yang wujud sekian lama ke atas wanita dan pergaulan antara jantina, dan larangan memandu selama berdekadde­kad ke atas wanita dijadual berakhir pada 24 Jun.

Parlimen Eropah pada minggu lepas meluluskan satu ketetapan yang menun- tut pembebasan tanpa syarat bagi aktivis yang ditahan dan pembela hak asasi manusia lain, dan pada waktu yang sama menggesa respons yang lebih lantang dari negaranega­ra Kesatuan Eropah (EU).

“Gangguan pihak berkuasa Arab Saudi yang tidak putus-putus ke atas aktivis hak wanita tidak wajar sama sekali, dan dunia tidak boleh berdiam diri mengenai penindasan pembela hak asasi manusia di negara itu,” kata Samah Hadid selaku pengarah kempen Amnesty Internatio­nal di Timur Tengah, pada minggu lepas.

“Sekutu Arab Saudi khususnya Amerika Syarikat, UK dan Perancis, mesti mendesak pihak berkuasa Arab Saudi untuk menamatkan penindasan mereka ke atas aktivis hak asasi manusia di negara itu.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEGAS: Gambar fail 15 April lalu menunjukka­n Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz al Saud berucap semasa merasmikan sidang kemuncak di Dhahran.
— Gambar Reuters TEGAS: Gambar fail 15 April lalu menunjukka­n Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz al Saud berucap semasa merasmikan sidang kemuncak di Dhahran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia