Utusan Borneo (Sarawak)

Situasi suram pasaran kewangan bakal kembali cerah

-

KUALA LUMPUR: Pembetulan dalam pasaran kewangan ketika ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya bagi tempoh beberapa bulan lagi, namun dengan dasar- dasar kerajaan yang semakin tampak jelas, situasi suram ini diunjur kembali pulih seperti biasa.

Pada Rabu lepas, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 56.56 mata untuk ditutup kepada 1,719.28, paras terburuk yang dicatatkan sejak 2008.

Ringgit menyusut sebanyak 1.6 peratus berbanding dolar AS, diseret turun oleh faktor- faktor luaran lain seperti kenaikan hasil Perbendaha­raan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pegawai Eksekutif Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan memberitah­u Bernama situasi ini ‘ pada dasarnya adalah normal’.

Menjelang September, Nazri berkata, akan ada lantunan semula beransuran­sur dalam pasaran, apabila keyakinan pelabur kembali semula ke negara ini sebaik sahaja Kabinet baharu menggarisk­an dasar-dasarnya.

“Tidak ada kejelasan dalam dasar daripada kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi saya rasa apabila dasar menjadi semakin jelas, perlahan-lahan dana asing akan kembali semula,” katanya.

Beliau berkata pembetulan dalam pasaran adalah mendadak dan dramatik.

Pada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 15.76 mata untuk ditutup kepada 1,756.38, apabila para pelabur mula memperliha­tkan keyakinan dagangan selepas kerajaan mengumumka­n langkah- langkah ekonominya.

Dalam nota penyelidik­annya, Maybank Investment Bank berkata bulan Mei menyaksika­n jualan bersih besar-besaran ekuiti Malaysia oleh pelabur asing berjumlah RM5.6 bilion, yang menongkah arus daripada belian bersih asing kumulatif RM3.5 bilion semasa tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, Profesor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng berkata aliran masuk asing dijangka pulih perlahan-lahan dalam separuh kedua 2018 kerana ketika ini, kombinasi faktor luar dan dalaman telah membawa kepada peningkata­n aliran keluar asing ke tahap tertinggi dalam tempoh empat tahun.

Beliau berkata pelabur asing dilihat keluar dari negara-negara sedang pesat membangun, termasuk Malaysia, apabila mereka beralih ke ekonomi dengan kenaikan kadar faedah luar negara yang konsisten.

Para pelabur juga dilihat lebih berhati-hati dalam keadaan ketegangan di Eropah dan potensi perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China serta kemungkina­n kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS.

Yeah yakin pelaburan asing akan meningkat dalam separuh kedua tahun ini, kerana premium risiko negara yang disebabkan oleh perubahan dasar dan politik akan semakin mereda.

Beliau yang mengakui kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) akan menjejaska­n hasil kerajaan, berpendapa­t penyenarai­an syarikat minyak nasional, Petronas, akan memberi prospek yang baik kepada kerajaan dan juga pasaran modal.

“Penswastaa­n Petronas dari segi penyenarai­an akan membantu mengukuhka­n kewangan kerajaan dan pasaran modal, sama dengan cadangan penyenarai­an Aramco Arab Saudi. Ianya sesuai ( untuk menjadikan Petronas syarikat senaraian awam) dalam erti kata kerajaan mewujudkan satu persekitar­an pelaburan baharu dalam bentuk pembaharua­n institusi dan struktur.

“Ia adalah ujian keupayaan kerajaan baharu untuk menarik pelabur baharu, berdasarka­n kepada persekitar­an yang ia wujudkan sekarang,” katanya.

Elemen luaran, termasuk harga minyak yang memberangs­angkan, juga dilihat sebagai rangsangan bagi Petronas kerana harga ketika ini membolehka­n syarikat itu meraih premium daripada aset syarikat, kata Yeah.

Bagaimanap­un, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaska­n kerajaan persekutua­n tidak merancang menjual sebahagian daripada peganganny­a dalam Petronas untuk mengurangk­an paras hutang negara.

“Ia belum diusulkan kepada kerajaan persekutua­n. Kami kini menangani pusat kos (dan bukan pusat hasil),” katanya.

Minggu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengumumka­n pembatalan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur- Singapura disebabkan oleh kos kewangan yang tinggi.

Beliau juga berkata antara projek mega lain yang juga akan ditangguhk­an adalah Transit Aliran Ringan (LRT) 3 dan Transit Aliran Berkapasit­i Tinggi (MRT) 2 manakala Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dikaji semula.

Kementeria­n Kewangan baru- baru ini berkongsi pecahan RM1.087 trilion obligasi kewangan kerajaan persekutua­n, termasuk hutang kerajaan persekutua­n, jaminan kerajaan dan pembayaran pajakan bagi projek perkongsia­n awam swasta seperti pembinaan sekolah, asrama, jalan raya, balai polis dan hospital.

Namun, pendedahan pecahan hutang dan liabiliti kerajaan itu telah mencetuska­n kebimbanga­n pasaran dan juga prospek penurunan penarafan kredit.

Sebelum itu, penghapusa­n GST telah diberikan kredit ‘negatif’ oleh Moody’s Investors Services, yang berkata ia hanya akan meningkatk­an pergantung­an negara kepada hasil berkaitan minyak dan mengecilka­n asas cukai serta mengendurk­an kekuatan fiskal.

Agensi penarafan itu kali terakhir memberikan penarafan A3 kepada Malaysia dengan prospek stabil.

Nazri berkata penarafan bukanlah satu kebimbanga­n tetapi keutamaan perlu diberikan kepada kekuatan fiskal negara, yang mana bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin turut menyatakan perkara yang sama bahawa beliau tidak bimbang dengan kemungkina­n penurunan gred penarafan kredit negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia