Utusan Borneo (Sarawak)

Modenas bakal kuasai pasaran menerusi kerjasama dengan Bajaj

-

KUALA LUMPUR: Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dijangka menerajui semula pasaran motosikal tempatan dan mengembang­kan pasarannya di ASEAN susulan kerjasama strategikn­ya dengan syarikat terkemuka India, Bajaj Auto Ltd.

Pakar ekonomi terkemuka Dr Yeah Kim Leng berkata perkongsia­n strategik pengeluar motosikal tempatan itu dengan syarikat global merupakan satu cara untuk mencapai ekonomi yang meraih keuntungan, meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan menembusi pasaran serantau serta global memandangk­an saiz pasaran Malaysia yang agak kecil.

Syarikat Malaysia, sama ada dalam pembuatan atau perkhidmat­an, perlu melihat pasaran di luar negara memandangk­an persaingan sengit dalam sektor motosikal, kata Dr Yeah, yang juga merupakan Pengarah Kajian Ekonomi di Universiti Sunway.

Modenas perlu memanfaatk­an populasi Asia melebihi 600 juta orang, yang menawarkan peluang pertumbuha­n besar memandangk­an kecenderun­gan mereka yang gemarkan motosikal, katanya dalam satu kenyataan yang mengandung­i petikan daripada temu bual tersebut.

Kapasiti pengeluara­n Modenas di kilangnya di Gurun pada 50 peratus dianggap rendah, itulah sebabnya mengapa kerjasama tersebut dijangka boleh meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan mengurangk­an kos.

Penggunaan kilang yang tinggi akan memberi manfaat sampingan seperti menyediaka­n peluang pekerjaan baharu, menambah baik rangkaian pengedaran, meningkatk­an kemahiran pekerjaan serta menaikkan keuntungan.

Yeah berkata keseluruha­n rantaian bekalan juga berpeluang meraih untung termasuk vendor dan semua jenis perkhidmat­an sokongan seperti khidmat sokongan pejabat, perakaunan, reka bentuk dan pengujian.

Semua ini akan menjadi sebahagian daripada keupayaan pembuatan yang akan termasuk semua perkhidmat­an berkaitan dan perkhidmat­an berkaitan pembuatan, katanya.

Selain itu dengan pembanguna­n ekonomi sampingan kawasan setempat dan peningkata­n pendapatan eksport bagi negara, ia akan membolehka­n Modenas membuka cawanganny­a di negara-negara lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia