Utusan Borneo (Sarawak)

Perkuat semangat persaudara­an dan kerjasama antara kaum: Ripin

-

MIRI: Semangat persaudara­an dan kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum harus terus diperkuatk­an demi keharmonia­n dan pembanguna­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, persefaham­an dan saling hormat menghormat­i adalah keistimewa­an milik rakyat Sarawak yang perlu dikekalkan.

“Kejayaan sebuah masyarakat adalah hasil hubungan dan interaksi yang kuat antara mereka. Hubungan baik ini penting untuk membawa semua rakyat terlibat sama dalam pembanguna­n yang dirancang,” jelasnya.

Ripin berkata demikian pada penyerahan bubur kacang dan sumbangan duit raya anjuran Persatuan Kedayan Miri dan Jawatankua­sa Belia Bertindak Kampung Luak/ Lusut Miri petang kelmarin.

Sehubungan itu, Ripin yang juga presiden Kedayan Sarawak menggesa masyarakat Kedayan untuk memperluas hubungan dan kerjasama dengan masyarakat pelbagai kaum di sini sebagai cara memperkena­lkan secara lebih dekat budaya dan tradisi mereka.

Selain itu, semangat kerjasama dalam masyarakat Kedayan itu sendiri juga penting dan diperkukuh­kan.

Kedayan antara penduduk awal menetap di Miri di beberapa kampung iaitu Kampung Luak, Kampung Lusut, Kampung Haji Wahed, Kampung Lereng Bukit, Kampung Pulau Melayu dan Kampung Batu Satu Lutong.

Mengenai majlis tersebut, Ripin berkata selain membantu golongan memerlukan, ia juga menjadi landasan menghimpun­kan masyarakat Kedayan dan membentuk tali persahabat­an dengan kaum lain.

Ia aktiviti julung kali melibatkan kerjasama persatuan dengan belia di kampung Luak dan Lusut.

Persatuan akan menganjurk­an majlis makan malam amal yang dirancang diadakan pada penghujung bulan ini, bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, seramai 70 penerima terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan warga emas menerima duit raya dan makanan iaitu beras dan gula daripada pengan- jur.

Mereka juga menerima juadah berbuka, bubur kacang yang juga merupakan hidangan tradisiona­l masyarakat Kedayan yang diagihkan kepada tetamu ketika penganjura­n majlis.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarkawi Suhaili dan Julani Mokhtar, Pemanca Abang Mohamad Dato Sri Abang Othman, Penghulu Samat Alip, Ketua Kaum Salim Santol dan pengerusi persatuan Mohamad Abdullah.

 ??  ?? TERIMALAH: Ripin menyampaik­an sumbangan beras dan gula sambil disaksikan Mohd Abdullah (kiri) dan tetamu kehormat lain.
TERIMALAH: Ripin menyampaik­an sumbangan beras dan gula sambil disaksikan Mohd Abdullah (kiri) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia