Utusan Borneo (Sarawak)

Selesaikan kekaburan undang-undang pemilikan minyak, gas Usaha Petronas fail permohonan kepada Mahkamah Persekutua­n dapatkan deklarasi berhubung PDA 1974 disambut baik

- Oleh Patricia Gari dan Agnes Tugong

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kekaburan atau ‘ ambiguity’ undangunda­ng berkaitan pemilikan minyak dan gas antara Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia harus diselesaik­an sepenuhnya.

Justeru beliau menyambut baik usaha Petronas memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutua­n untuk mendapat deklarasi berhubung Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

“Sudah tiba masanya untuk (kita) menyelesai­kan kekaburan undang-undang berkaitan pemilikan minyak dan gas antara Semenanjun­g Malaysia dengan Sarawak sekali dan untuk semua.

“J i k a i a p e r l u menyelesai­kannya di mahkamah, kita akan lakukannya,” katanya.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata dalam hal ini pembuat undang- undang Sarawak dan rakyat Sarawak membuat pendirian memperjuan­gkan hak Sarawak dalam isu ini.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata tindakan Petronas untuk mendapatka­n dekralasi mahkamah ke atas PDA 1974 sudah dijangkaka­n jika Pakatan Harapan (PH) memerintah Putrajaya.

S e b a b i t u S U P P mempromosi­kan kesedaran semasa kempan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kalangan rakyat Sarawak mengenai pentingnya membina Sarawak yang kuat untuk menentang senario ini.

“SUPP tetap dengan pendirian bahawa semua tanah termasuk sumber semula jadi (minyak dan gas) yang terdapat di dasar laut dan bawah tanah di Pelantar Benua Sarawak adalah milik Sarawak dan bukannya hak milik Petronas.

“Hak tersebut telah ditubuhkan di Perintah Sarawak ( Perubahan Sempadan) pada Majlis 1954 yang dibuat pada 24 Jun 1954 dan hak yang sama dipelihara dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tetapi dengan undangunda­ng darurat diperkenal­kan pada 2012 dan PDA 1974 diluluskan tanpa persetujua­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, pemilikan minyak dan gas patut dikembalik­an kepada Sarawak,” katanya.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menambah, SUPP berjanji untuk berjuang hingga akhir untuk mengembali­kan hak Sarawak dan pemilikan minyak dan gas.

Memandangk­an SUPP diberikan mandat untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri 2016, SUPP tidak akan memungkiri janji-janji yang dibuat.

“Kita tidak boleh membenarka­n perbadanan berkaitan kerajaan menuntut haknya ke atas kedaulatan kita dalam sumber minyak dan menyalurka­n kekayaan kita ke Semenanjun­g Malaysia lagi.

“Kita juga berharap semua rakyat Sarawak bersatu untuk menyatakan bantahan kita terhadap dakwaan Petronas dan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Sarawak untuk mempertaha­nkan hak minyak dan gas kita,” tegas Dr Sim.

 ??  ?? JAMES MASING
JAMES MASING
 ??  ?? DR SIM KUI HIAN
DR SIM KUI HIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia