Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n tender sesuatu projek tertakluk kepada Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia

-

KUCHING: Pengeluara­n tender sesuatu projek di seluruh negara adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak Razim Mohd Noor berkata pekeliling itu turut diguna pakai di Sarawak selain mempunyai Lembaga Tender sendiri yang terdiri daripada beberapa ahli dilantik.

Lembaga Tender itu katanya, akan menentukan pemberian tender sama ada terbuka atau langsung.

“Pekeliling Perbendara­an Malaysia ini diguna pakai oleh seluruh Negeri termasuk agensi badan berkanun kerana itu memang peraturan kewanganny­a.

“Bagi pelaksanaa­nnya di peringkat Negeri, Lembaga Tender ditubuhkan yang terdiri daripada beberapa ahli dilantik. Lembaga ini akan menentukan sama ada projek itu dilakukan secara tender terbuka atau langsung,” jelasnya.

J u s t e r u u j a r n y a , tindakan kerajaan negeri atau agensi tertentu untuk menganuger­ahkan sesuatu projek secara tender langsung bukan satu kesalahan kerana ia termaktub dalam Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia.

“Maknanya kerajaan negeri atau badan berkanun boleh nak bagi tender terbuka, tender langsung, ‘ turnkey tender’ atau rundingan, mereka boleh buat.

“SPRM hanya boleh mengambil tindakan jika terdapat perlanggar­an syarat dan terma dalam tender berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam satu temu bual khas di pejabatnya di Bangunan SPRM di sini semalam.

Malah menurut Razim tender masih boleh membatalka­n Surat Perjanjian (Letter of Agreement) walaupun ia sudah ditandatan­gani.

“Perjanjian boleh dibatalkan walaupun LOA telah ditandatan­gani. Undangunda­ng ada mengatakan seseorang individu itu tidak boleh menyaman kerajaan.

“Apa yang boleh individu itu lakukan ialah menuntut ganti rugi ke atas modal yang telah dikeluarka­n.

“Individu berkenaan tidak boleh memaksa kerajaan agar kontrak diteruskan walaupun LOA sudah ditandatan­gani,” ujarnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mengemukak­an surat kepada SPRM pada 30 Mei lepas meminta SPRM menyiasat dua projek mega di negeri ini yang didakwanya dilaksanak­an tanpa tender terbuka.

Dua projek mega berkenaan ialah Projek Jalan Pesisir Pantai dan Projek Jalan Utama Kedua Sarawak yang dikatakann­ya bernilai RM11 bilion (kedua-dua projek).

Menjawab dakwaan Chong itu, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi menerusi satu kenyataan akhbar berkata kedua-dua projek berkenaan masih belum dimuktamad dan jelas sekali kos sebenar pembinaann­ya belum diketahui.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau berkata surat penganuger­ahan tender berkaitan kedua-dua projek itu masih belum dikeluarka­n kepada mana-mana syarikat.

Katanya lagi kedua- dua projek ini merupakan antara inisiatif kerajaan negeri untuk membangunk­an kawasan luar bandar terutama kawasan pesisir pantai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei semalam, berkata Julaihi harus bertanggun­gjawab kepada rakyat bukannya mengelak untuk memberi jawapan.

“S e b a g a i p e n o l o n g menteri, Julaihi harus bertanggun­gjawab kepada rakyat dan bukannya cuba untuk mengelakka­n masalah.

“Kerajaan Barisan Nasional Sarawak telah mewarisi gaya tadbir UMNO, mereka menjangkak­an orang ramai tidak boleh meminta terlalu banyak,” katanya.

Sebelum ini, Julaihi memberitah­u Wong dan Chong agar menunggu keputusan SPRM terhadap projek- projek berkenaan bukan meminta jawapan daripada Kerajaan Sarawak.

 ??  ?? TIDAK SALAH: Razim ketika ditemu bual di pejabatnya semalam.
TIDAK SALAH: Razim ketika ditemu bual di pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia