Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka juga menuntut sistem pendidikan tahfiz al-Quran diangkat statusnya

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 24 pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk pakatan ekonomi dan dakwah semalam menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkasa dan diperkukuh­kan peranan dan fungsinya bagi menghadapi cabaran dan keperluan semasa.

Memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Suara Umat itu turut menuntut supaya sistem pendidikan tahfiz al- Quran diangkat statusnya kepada sistem arus perdana dalam dasar pendidikan kebangsaan seperti taraf yang diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Memorandum tersebut dihantar oleh dua wakil pakatan berkenaan iaitu Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut dan Lokman Shazly Zaharin di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Kedua-dua mereka diiringi 130 pelajar lelaki tahfiz dari tiga institusi tahfiz iaitu Ma’ahad Tahfiz Tijarah di Selayang, Akademi Darul Huffaz Internatio­nal di Kajang dan Institut Tahfiz Klang yang berhimpun secara aman di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana sambil membawa sepanduk bertulis JAKIM dan Tahfiz.

Memorandum berkenaan disahkan diterima bagi pihak pejabat Perdana Menteri dan ditandatan­gani pegawai yang menerima, Shaarani Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahka­n memorandum itu, Lokman Shazly berkata Jakim sepanjang kewujudann­ya sejak 1 Januari 1997 telah berjaya melahirkan masyarakat Islam yang dinamik dan cemerlang serta diiktiraf di seluruh dunia.

“Mengurangk­an peranan dan fungsi sedia ada atau

Mengurangk­an peranan dan fungsi sedia ada atau penghapusa­nnya hanya akan menjadikan kita berundur ke belakang dan menyongsan­g arus kebangkita­n Islam. Lebih dari itu ia satu perbuatan menidakkan hak umat Islam dan orang Melayu yang hidup bersendika­n agama. Lokman Shazly Zaharin Wakil NGO

penghapusa­nnya hanya akan menjadikan kita berundur ke belakang dan menyongsan­g arus kebangkita­n Islam. Lebih dari itu ia satu perbuatan menidakkan hak umat Islam dan orang Melayu yang hidup bersendika­n agama,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERDOA: Pelajar tahfiz ketika hadir bersama Pakatan Ekonomi dan Dakwah NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyerah memorandum berkenaan isu JAKIM dan mewartakan dasar pendidikan tahfiz negara kepada Dr Mahathir.
— Gambar Bernama BERDOA: Pelajar tahfiz ketika hadir bersama Pakatan Ekonomi dan Dakwah NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyerah memorandum berkenaan isu JAKIM dan mewartakan dasar pendidikan tahfiz negara kepada Dr Mahathir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia