Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamed Khaled umum tawar diri tanding Naib Presiden UMNO

-

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata penawaran dilakukan dalam keadaan UMNO berada pada paras kedudukan paling rendah, sekali gus sebagai perjuangan memastikan parti tersebut kembali disokong orang Melayu dan rakyat keseluruha­nnya.

“Penawaran ini memberikan alternatif kepada anggota UMNO untuk membuat pilihan. Memang ramai yang menawarkan diri ( bertanding). Saya harap supaya perwakilan dapat menilai kekuatan, kemampuan dan semangat yang dapat diberikan setiap calon kerana semuanya ada kelebihan masing- masing,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohamed Khaled menegaskan kesediaan beliau itu bukannya demi kedudukan dan kuasa, sebaliknya mahu menunjukka­n kepada masyarakat bahawa masih terdapat ramai pemimpin dan anggota UMNO yang masih berpegang kepada prinsip perjuangan iaitu berkhidmat demi kepentinga­n agama dan negara, bukannya kepentinga­n peribadi.

Menurut Mohamed Khaled, beliau mempunyai cadangan untuk memulih dan membangunk­an semula UMNO dan akan berkongsik­an idea itu sebelum pemilihan dan jika berkesempa­tan, beliau akan menjelajah ke negeri lain untuk menjelaska­nnya.

“Semua orang kata UMNO perlu berubah tetapi tiada siapa yang menjelaska­n bagaimana perubahan itu perlu dibuat. Mungkin belum ada yang mahu berkongsik­an idea tetapi sebelum bertanding, saya akan kongsikan pandangan saya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia