Utusan Borneo (Sarawak)

KAMBING GOLEK SAJIAN ISTIMEWA DI PADDY’S COFFEEHOUS­E

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PADDY’S Coffeehous­e New World Suites menawarkan hidangan makan malam berbuka puasa bufet yang bertemakan Ronda-Ronda Ramadhan 9 ‘A Touch of Mughal Empire’ dengan sajian istimewa kambing golek serta pengenalan kepada masakan Murglai.

Pengurus Perhubunga­n dan Pemasaran Lindy Ling berkata, promosi istimewa yang bermula pada 21 Mei hingga 12 Jun itu menawarkan sajian kebab kambing Seekh, Kofta daging, ayam Masala, biryani daging, ayam Tandoori, bubur pedas, bubur lambuk, rendang daging Padang, daging gulai darat, ikan asam tumis Nyonya dan kambing kurma.

Beliau berkata, pelbagai pilihan makanan bergoreng turut disediakan antaranya pisang goreng bermadu, cucur udang, pisang goreng keju, bubuk kering bergoreng dan keropok lekor.

“Dengan harga yang ditawarkan RM80 untuk dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak, sajian makanan manis sebagai penyegar badan serta pencuci mulut ialah pengat nasi pulut, Kheer Kurma, Gulab Jamun, Basundi, Kheer Besan, Kalakand, ‘Sticy Nutty Pudding’ dan Shahi Tukda termasuk ais batu campur, ais kacang, lai chi kang dan ais jagung,”

katanya pada majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Selain itu, terdapat juga minuman panas teh tarik dan Moroccan Mint Tea serta sajian makanan dari beberapa negeri di Malaysia, negara nusantara atau kawasan wilayah Indonesia, Brunei dan Singapura. “Makanan dihidangka­n dengan perubahan menu pada setiap hari dalam lima kitaran berlainan tahun ini namun mengekalka­n hidangan makanan tempatan untuk bubur pedas

dan daging panggang serta sajian utama berupa nasi putih, laukpauk, daging, ikan dan sebagainya,” katanya.

Katanya, tahun ini sajian utama adalah kambing golek dan hidangan makanan yang perlu ada pada setiap hari ialah bubur pedas dan laksa Sarawak.

Makanan-makanan tempatan adalah laksa Sarawak, umai ikan, mikolok, rendang tok, gulai kambing, ayam panggang percik, kuzi ayam, kepah masak lemak dan sambal sotong.

Lindy berkata, sajian yang dijangka mendapat sambutan daripada pelanggan restoran ini ialah Murglai Cuisine dan kambing golek panggang.

“Sajian makanan RondaRonda Ramadhan 9 disedia khusus oleh Ketua Cef Hotel New World Suites, Desmond Dian dan pasukan kulinari Paddy’s Coffeehous­e

yang dedikasi,” tambahnya.

Beliau berkata, makanan bufet itu disajikan bermula Maghrib jam 6.30 petang sebelum berbuka puasa sehingga jam 8.30 malam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENUHI CITA RASA: Kuih-muih, kambing golek panggang, kepah, udang laut segar, umai ikan dan pelbagai hidangan segar tempatan pasti memenuhi selera para pengunjung Paddy’s Coffehouse.
PENUHI CITA RASA: Kuih-muih, kambing golek panggang, kepah, udang laut segar, umai ikan dan pelbagai hidangan segar tempatan pasti memenuhi selera para pengunjung Paddy’s Coffehouse.
 ??  ?? ISTIMEWA: Cef menyediaka­n sajian Kambing Golek Panggang yang sentiasa mendapat sambutan daripada tetamu yang berbuka puasa di Paddy’s Coffehouse New World Suites.
ISTIMEWA: Cef menyediaka­n sajian Kambing Golek Panggang yang sentiasa mendapat sambutan daripada tetamu yang berbuka puasa di Paddy’s Coffehouse New World Suites.
 ??  ?? DEDIKASI: Pasukan Kulinari Paddy’s Coffeehous­e New World Suites yang diketuai Cef Desmond Dian menyediaka­n sajian Ronda-Ronda Ramadhan 9.
DEDIKASI: Pasukan Kulinari Paddy’s Coffeehous­e New World Suites yang diketuai Cef Desmond Dian menyediaka­n sajian Ronda-Ronda Ramadhan 9.
 ??  ?? MENYELERAK­AN: Nasi briyani daging sentiasa mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada penggemarn­ya.
MENYELERAK­AN: Nasi briyani daging sentiasa mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada penggemarn­ya.
 ??  ?? REKAAN ISTIMEWA: Buah kurma disusun dan direka seperti sebatang pokok kurma oleh pasukan kulinari Paddy’s Coffehouse.
REKAAN ISTIMEWA: Buah kurma disusun dan direka seperti sebatang pokok kurma oleh pasukan kulinari Paddy’s Coffehouse.
 ??  ?? TARIKAN: Seorang daripada kakitangan pasukan kulinari Paddy’s Coffeehous­e menyediaka­n sajian nasi briyani daging.
TARIKAN: Seorang daripada kakitangan pasukan kulinari Paddy’s Coffeehous­e menyediaka­n sajian nasi briyani daging.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia