Utusan Borneo (Sarawak)

SUMAYYAH ANUGERAH ISTIMEWA TUHAN, BUKAN BEBANAN

-

KUCHING: “Dia anak syurga yang diberikan keistimewa­an. Saya dan isteri tidak pernah berasa dia satu bebanan,” itu luahan Subahrul Aran, 41 mengenangk­an nasib cahaya matanya, Ainul Mardhiah Sumayyah.

Sebaliknya Subahrul dan isteri Syafira Suhaili, 30, bersyukur kerana permata hati mereka itu masih hidup sehingga kini.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, melihat penderitaa­n Sumayyah, tujuh bulan, bergantung kepada tiub sepanjang 40 sentimeter untuk bernafas.

Tiub itu disambung dari rongga mulut Sumayyah kerana saluran hidungnya tersumbat menyebabka­nnya gagal berfungsi.

Menurut Subahrul yang ditemui di Kampung Tupong Ulu baru-baru ini, tiub itu merupakan talian hayat Sumayyah selepas dilahirkan dengan pelbagai kekurangan termasuk simpton kepala dipenuhi cecair atau hydrocepha­lus dan mengalami komplikasi jantung.

Tambahnya, pada awal kelahiran Sumayyah, kepalanya tidak menunjukka­n saiz yang normal seperti bayi lain manakala dua lubang hidungnya tidak sekata.

Lebih menyedihka­n menurut Subahrul, tidak lama selepas dilahirkan Sumayyah perlu dibedah di kepala bagi membuang cecair di dalamnya.

“Keperitann­ya tidak berakhir di situ kerana cecair masih berkumpul di dalam kepalanya, menyebabka­n doktor menyaranka­n agar pembedahan kedua dilakukan.

“Doktor turut mengesahka­n saluran nafas Sumayyah gagal berfungsi,” katanya sayu.

Berkongsi penderitaa­n anak kecilnya itu, Syafira berkata selepas pembedahan kedua, Sumayyah bergantung hidup kepada tiub untuk bernafas dan minum susu.

Katanya selain tiub pada mulut Sumayyah, doktor memasang satu lagi tiub di dalam kepala anak kecil itu yang disambung terus ke dalam perutnya untuk proses kumbuhan cecair.

“Doktor memberitah­u dia boleh bernafas seperti bayi normal jika menjalani pembedahan hidung.

“Dia mungkin mengalami penderitaa­n berpanjang­an. Kami masih menunggu pemberian kad orang kurang upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan,” kata Syafira.

Ditanya mengenai persiapan menyambut Syawal akan datang, Syafira hanya tunduk menahan sebak.

Sabahrul bekerja sebagai pengawal keselamata­n dengan gaji RM900 sebulan manakala Syafira suri rumah sepenuh masa.

 ??  ?? KONGSI DERITA: Sabahrul dan Syafira menganggap Sumayyah anugerah istimewa daripada Tuhan, bukan satu beban.
KONGSI DERITA: Sabahrul dan Syafira menganggap Sumayyah anugerah istimewa daripada Tuhan, bukan satu beban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia