Utusan Borneo (Sarawak)

CAP seru larang penggunaan plastik

-

GEORGE TOWN: Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru larangan terhadap plastik sekali guna.

Sesuai dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini iaitu ‘Hapuskan Pencemaran Plastik,’ Presiden CAP SM Mohamed Idris meminta tindakan bersama dan konkrit dalam memerangi salah satu cabaran alam sekitar yang terbesar ini.

Beliau menekankan bahawa penggunaMa­laysiamemp­unyai tabiat suka meminta beg plastik sekali guna atau pakai buang ketika membeli barangan dari pasar dan gerai penjaja, serta menggunaka­n peralatan plastik sekali pakai seperti cawan, penyedut air, sudu dan garfu dan serta botol air dalam kebanyakan acara seperti perhimpuna­n, perayaan, pesta dan sebagainya.

“Penggunaan plastik sekali guna telah menyebabka­n banyak masalah ekologi dan alam sekitar.

“Menghapusk­an plastik sekali guna adalah langkah yang perlu untuk mengurangk­an jumlah sisa dan pencemaran dalam jangka panjang,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Mohamed Idris juga berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin supaya menyertaka­n beg plastik sekali guna dan plastik mikro dalam larangan pengunaan plastik di seluruh negara.

Pada 28 Mei lepas Zuraida mengumumka­n akan melaksanak­an larangan penggunaan beg plastik di seluruh negara dalam tempoh setahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia