Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa lapor polis anak dicabul dua lelaki

Berang anak keluar tanpa kebenaran, terkejut tengok video dalam telefon bimbit

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang bapa tampil membuat laporan polis selepas melihat rakaman anak gadisnya yang baharu berusia 14 tahun dipeluk serta diraba oleh dua lelaki dalam keadaan khayal, kelmarin.

Menurut sumber, si bapa yang berusia 63 tahun naik berang apabila anaknya itu yang keluar tanpa kebenarann­ya pulang ke rumah sekitar jam 12.10 tengah malam, Ahad lepas.

“Si bapa yang berang dengan perbuatan anaknya itu kemudian terus memara- hinya sebelum merampas telefon bimbit anaknya itu dan mendapati ada rakaman video mangsa dipeluk serta diraba oleh dua lelaki dalam keadaan khayal.

“Dia (bapa) yang merupakan seorang kontraktor kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek yang mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian memberitah­u pihaknya masih lagi memburu kedua-dua suspek yang juga dipercayai kenalan mangsa.

“Usaha untuk mengesan kedua-dua suspek yang dipercayai berusia 16 tahun sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan,” kata Ng.

Tambahnya juga, mangsa telah dibawa untuk menjalani pemeriksaa­n lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seseorang dengan niat.

“Siasatan awal juga mendapati kejadian dipercayai berlaku di Taman Lintang, di sini dan kedua-dua lelaki yang menghantar mangsa adalah suspek yang sama seperti yang dirakam di dalam video telefon bimbit mangsa,” jelas Ng lagi.

Kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Si bapa yang berang dengan perbuatan anaknya itu kemudian terus memarahiny­a sebelum merampas telefon bimbit anaknya itu dan mendapati ada rakaman video mangsa dipeluk serta diraba oleh dua lelaki dalam keadaan khayal. ” Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia