Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian Pembanguna­n Awal KanakKanak dijangka diwujudkan di Sarawak

-

KUCHING: Bahagian Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak dijangka akan diwujudkan di Sarawak di bawah Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kertas cadangan berhubung penubuhan tersebut bakal dibentang pada mesyuarat kabinet akan datang.

Katanya, seramai 12 pegawai dan kakitangan akan menganggot­ai bahagian itu.

“Dalam mesyuarat kabinet itu, kita berharap dapat membincang­kan kertas cadangan untuk menubuhkan Bahagian Pembanguna­n Awal KanakKanak di bawah kementeria­n,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) 2/2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Majlis turut menyaksika­n Fatimah yang juga pengerusi MPAKS menyampaik­an Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis 2018-2020 kepada 25 penerima termasuk tujuh ahli baharu.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai Pelan Strategik 2018 yang memfokuska­n kerja-kerja penam- bahbaikan pembanguna­n kanak-kanak secara holistik yang merangkumi kesihatan, keselamata­n dan pendidikan.

Ia katanya, merangkumi menambah baik institusi pendidikan awal kanak-kanak di bandar dan luar bandar untuk memberi akses pendidikan kepada semua kanak-kanak.

“Visi kita mahukan kanakkanak yang sihat, ceria serta mempunyai kemahiran terkini dan misi kita hendak memastikan pengasuhan dan didikan awal yang berkualiti untuk membangunk­an kanak-kanak secara holistik dan seimbang,” katanya.

Menurut beliau, objektif pihaknya adalah melahirkan kanak-kanak sihat, cergas, ceria, bersahsiah mulia, mampu berfikir secara kreatif dan kritis, berdikari, berjati diri dan patriotik.

Bagi mencapai objektif tersebut, MPAKS bakal menganjurk­an lapan aktiviti secara tahunan dan 12 aktiviti ‘one-off’.

Aktiviti tahunan itu adalah Mencungkil Bakat dan Potensi: Konvensyen Pendidikan Prasekolah Kali Ke-12, Bengkel ‘Go Green/BaBa (Bersih Awal dan Bersih Akhir), Pembanguna­n Profesiona­lisme Berterusan (CPD): Kajian Tindakan, Pemantauan dan Anugerah Benchmarki­ng TASKA/TADIKA, Bengkel Modul Asuhan Kanak-Kanak Berkeperlu­an Khas (AKBK) dan Kursus Kesedaran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan.

Hadir sama, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat serta 25 ahli MPAKS yang lain.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah bercakap kepada pengamal media semalam. Turut kelihatan, Rosey (kiri).
SIDANG MEDIA: Fatimah bercakap kepada pengamal media semalam. Turut kelihatan, Rosey (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia