Utusan Borneo (Sarawak)

KD Kelantan perhebat kawalan keselamata­n perairan Sabah

-

KOTA KINABALU: Ketibaan Kapal Diraja ( KD) Kelantan di Markas Pemerintah­an Armada Timur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) Kota Kinabalu di Sepanggar semalam akan memperheba­tkan kawalan keselamata­n perairan Sabah seterusnya memperkuku­h pertahanan negara.

Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, kapal peronda generasi baharu (PV) itu memiliki keistimewa­an sendiri termasuk berkonsepk­an ‘kapal pintar’ yang banyak menggunaka­n sistem berbanding kapal besar lain.

Katanya aset itu bertolak dari jeti Pangkalan TLDM Lumut di Perak pada 1 Jun lepas, dengan 110 anggota KD Kelantan terlibat dengan perpindaha­n itu dan 36 keluarga anggota yang berkhidmat dengan kapal berkenaan di Pangkalan TLDM Lumut akan berpindah dan menetap di Kota Kinabalu.

Beliau berkata, ketibaan aset itu juga telah membolehka­n markas pemerintah­an armada timur kini memiliki empat kapal PV termasuk KD Perak, KD Kedah dan KD Selangor.

“KD Kelantan ini memang dirancang ditempatka­n di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu atau di bawah Markas Pemerintah­an Armada Timur sejak tahun lalu dan kini telah tiba di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan perpindaha­n KD Kelantan, di sini.

Turut hadir Panglima Angkatan Kapal Selam Lak- samana Muda Zulhelmy Ithnain, Panglima Logistik Timur Laksamana Pertama Ow Kiat Bin, dan Pegawai Pemerintah KD Kelantan, Komander Manimaran Chellaitur­ai Arjunan.

Syed Zahiruddin berkata, sejak KD Kelantan ditauliahk­an pada 6 Mei 2010, ia terlibat dengan pelbagai misi dan operasi khas di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak termasuk operasi mencari MH370 pada 2014.

Beliau berkata, kapal PV itu juga sering terlibat dengan pelbagai eksesais antaranya Angkasa Samudera (ANGSA), Operation Sea Training ( OSTEX), Taming Sari, Pangkor War dan eksesais bilateral termasuk MalaysiaSi­ngapura (MALAPURA).

Katanya, KD Kelantan turut dijadikan platform bagi acara rasmi dan lawatanlaw­atan daripada delegasi kenamaan Malaysia selain pernah menerima anugerah kepujian Panglima Tentera Laut pada 2012.

Dalam perkembang­an berkaitan, Syed Zahiruddin berkata, pihaknya akan menerima dua lagi kapal PV iaitu KD Terengganu dan KD Pahang yang dijangka tiba pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERPINDAH: Kapal Diraja (KD) Kelantan selamat tiba di jeti operasi Markas Pemerintah Armada Timur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu , semalam.
— Gambar Bernama BERPINDAH: Kapal Diraja (KD) Kelantan selamat tiba di jeti operasi Markas Pemerintah Armada Timur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu , semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia