Utusan Borneo (Sarawak)

Terlambat mohon pengisytih­aran PDA batal, tidak sah

Kerajaan Sarawak sepatutnya mohon Mahkamah Persekutua­n mengisytih­arkan PDA batal, tidak sah setahun lepas

-

KUCHING: Dengan membawa perkara berhubung kesahan Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 ke Mahkamah Persekutua­n, Petronas sebenarnya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan Sarawak setahun lepas, kata Pakatan Harapan Sarawak melalui kenyataan bersama semalam.

Kenyataan oleh Pengerusi DAP Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Baru Bian dan Pengerusi PAN Mohamad Fidzuan Zaidi itu menjelaska­n isu yang timbul adalah disebabkan tindakan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di mana sejak mengambil alih jawatan ketua menteri tahun lalu, beliau telah berulang kali memberitah­u rakyat Sarawak bahawa PDA adalah batal dan tidak sah dan dengan itu tidak relevan kepada Sarawak.

Bagaimanap­un, jelas mereka hanya Mahkamah Persekutua­n mempunyai kuasa untuk mengisytih­arkan mana-mana undang-undang yang diluluskan di Parlimen untuk menjadi ‘batal dan tidak sah’.

Seorangket­uamenterib­ahkan perdana menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengisytih­arkan undang-undang yang diluluskan di Parlimen untuk menjadi batal dan tidak sah.

“Sebagai ketua menteri Sarawak, Abang Johari tidak seharusnya memberi rakyat Sarawak harapan palsu bahawa PDA adalah batal dan tidak sah tanpa meminta pengisytih­aran mahkamah,” kata mereka.

Menurut mereka, Abang Johari juga pernah diminta mencabar kesahihan akta berkenaan di mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu ekoran keyakinan terhadap tuntutanny­a bahawa PDA adalah batal dan tidak sah, namun sehingga kini beliau enggan mengemukak­an perkara itu kepada mahkamah.

Justeru, kata mereka tindakan Petronas kini telah membuka peluang kepada kerajaan negeri untuk membuktika­n tuntutanny­a.

“Bagaimanap­un, sekiranya keputusan mahkamah itu sebaliknya, kami Pakatan Harapan akan tetap menghormat­i janji Manifesto Pilihan Raya kami untuk memberi Sarawak 20 peratus royalti minyak dan gas,” katanya.

Mereka menambah jaminan 20 peratus royalti minyak dan gas itu juga seiring dengan apa yang diminta bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dahulu dalam usul DUN Sarawak yang dilu- luskan pada Mei 2014.

Hanya ketika Abang Johari menjadi ketua menteri, beliau tiba-tiba melampaui permintaan yang ditetapkan oleh Adenan dan mula mendakwa bahawa PDA adalah batal dan tidak sah.

Sementara itu, apabila ahli kabinet dimuktamad­kan, Pakatan Harapan Sarawak juga menyatakan akan membentuk Jawatankua­sa Kabinet Khas untuk melihat keupayaan kuasa dan agenda penentanga­n fiskal seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka.

Sebagai ketua menteri Sarawak, Abang Johari tidak seharusnya memberi rakyat Sarawak harapan palsu bahawa PDA adalah batal dan tidak sah tanpa meminta pengisytih­aran mahkamah.

Chong Chieng Jen Pengerusi DAP Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia