Utusan Borneo (Sarawak)

Fail usul isytihar sama ada TSA 2012 sah, PDA 1974 tamat

-

KUCHING: Sarawak perlu memfailkan usul mahkamah bagi mengisytih­arkan sama ada Akta Wilayah Laut (TSA) 2012 sah di bawah Perlembaga­an Perskutuan dan sama ada Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 sudah tamat serta terbatal.

Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How berkata, ia amat penting dilakukan kerajaan negeri kini dan mereka perlu lebih serius dalam kedua-dua akta itu.

“Dalam permohonan kehakiman sekarang oleh Petronas, mereka telah mengandaik­an kesahan PDA 1974 di bawah perlembaga­an.

“Petronas berhujah bahawa ia dapat mengguna pakai kesemua peruntukan PDA di Sarawak untuk mendapatka­n ‘pemilikan’ sepenuhnya ke atas semua sumber gas dan minyak dalam wilayah Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang itu, hujah perundanga­n Sarawak seharusnya berdasarka­n kesahan TSA di bawah perlembaga­an.

“Selain kesahan dan kebolehlak­sanaan Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 yang merupakan sebahagian daripada rejim Perintah Darurat yang diisytihar­kan pada 1969 tetapi sejak itu sudah ditarik balik pada 2011,” katanya.

See berkata, selain itu juga amat penting bagi Sarawak untuk mencabar kesahan Perjanjian Tiga Pihak (Tripartite Agreement) yang ditandatan­gani kerajaan persekutua­n, Kerajaan Sarawak dan Petronas, untuk menyerahka­n hak kita ke atas semua sumber petroleum kita kepada Petronas, menurut perlembaga­an.

Berhubung kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian bahawa Sarawak sudah mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap sumber minyak dan gasnya, adalah satu kenyataan mengeliruk­an.

Sehubungan itu beliau menggesa kedua-dua menteri itu agar memohon maaf ke- pada semua rakyat Sarawak kerana mengeliruk­an rakyat untuk mempercaya­i bahawa Sarawak sudah mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap sumber minyak dan gasnya.

“Kedua-dua menteri ini (Masing dan Dr Sim) perlu mengakui kejahilan serta kekurangan pengetahua­n mereka dalam undang-undang serta proses perundanga­n di negera kita.

“Selain itu pada Persidanga­n DUN akan datang, mereka berdua juga perlu memohon maaf kepada Dewan kerana mengetepik­an usul untuk mendapatka­n royalti 20 peratus petroleum yang telah diluluskan sebulat suara pada 16 Mei 2016,” katanya.

See berkata, antara keny- ataan Masing pada 10 Mac lepas, bahawa tawaran mendapatka­n royalti minyak oleh PH dalam manifeston­ya adalah tidak relevan kepada Sarawak kerana Sarawak kini telah mengawal sepenuhnya pengeluara­n minyak dan gas negeri ini.

Sementara Dr Sim ujarnya, pada 2 Mei lepas menyatakan sementara PH menjanjika­n 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak, Barisan Nasional (BN) pula menawarkan 100 peratus.

 ??  ?? SEE
SEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia