Utusan Borneo (Sarawak)

Failkan tuntutan balas dan tentang permohonan Petronas

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak disyor supaya memfailkan tuntutan balas serta menentang permohonan Petronas di mahkamah berhubung sumber minyak dan gas termasuk di Sarawak di bawah Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR)Lina Soo berkata, antaranya bahawa PDA dan Akta Laut Wilayah (TSA) melanggar perlembaga­an kerana mengubah sempadan Sarawak tanpa kebenaran Dewan Undangan Negeri.

“Selain itu ia termasuk bahawa semua sumber minyak dan gas sebenarnya milik Sarawak serta mengeluark­an perintah agar Petronas menghentik­an semua operasi minyak dan gas di darat serta luar pesisir secara serta-merta.

“Sarawak juga menuntut ganti rugi yang akan dinilai bermula dari tarikh Petronas memasuki Sarawak, sehingga tarikh perintah itu dan apa juga pelepasan yang dianggap sewajarnya oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Soo menyeru kepada Kera- jaan Sarawak untuk mempertaha­nkan integriti wilayah dan hak Sarawak dan percaya rakyat Sarawak akan memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak untuk mempertaha­nkan ibu pertiwi.

“Saya juga menggesa Kerajaan Sarawak mendapatka­n khidmat ‘Queen’s Counsel’ yang merupakan pakar dalam undang- undang perlembaga­an dan antarabang­sa,” katanya.

Soo berkata beliau percaya pakar undang-undang yang berwibawa dan boleh dipercayai tidak ada di Malaysia untuk mempertaha­nkan hak Sarawak dalam perlembaga­an.

 ??  ?? LINA
LINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia