Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran basmi rasuah tiada beza meskipun selepas tukar kerajaan

-

KUCHING: Peralihan kerajaan di peringkat persekutua­n selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membawa kepada dimensi baharu isu rasuah, salah guna kuasa dan integriti seperti dicanangka­n warga media sosial.

Ia seolah-olah menggambar­kan, tugas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kian mencabar demi memenuhi tuntutan orang ramai yang mahu salah laku tersebut dibasmi.

Mereka mendakwa wujud perlakuan rasuah berkaitan pihak tertentu, tetapi ironinya ia tidak dilaporkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menyentuh hal ini, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor berkata yang penting ialah orang ramai menyalurka­n maklumat kepada mereka bagi memulakan siasatan.

“Bagi saya sama sahaja (tugas dan cabaran selepas atau sebelum peralihan kuasa kerajaan) sebab kita melaksanak­an tugas mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak boleh keluar daripada itu,” jelasnya pada sesi temu ramah bersama Utusan Borneo, pada Isnin.

SPRM juga katanya, berhadapan dengan persepsi orang ramai bahawa pihaknya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan — ini dinafikann­ya.

Proses siasatan tidak boleh didedahkan kepada umum kerana pihaknya terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, jelasnya sambil menambah, pada hujung keputusan kes akan dimaklumka­n juga sama ada ia ditutup tanpa tindakan.

Wujud juga dakwaan bahawa SPRM cuma mengambil tindakan terhadap kes-kes kecil berbanding berprofil tinggi membabitka­n orang kenamaan.

Menurutnya, jika sekadar persepsi dan tidak ada unsur rasuah dalam sesuatu kes selepas siasatan, pihaknya tidak mengambil tindakan.

“Rasuah dan integiriti memang berkaitan dengan persepsi dan itulah cabaran kita untuk mendapat sokongan masyarakat,” ujarnya.

Jelasnya, semua laporan kepada pihaknya di sini akan disalurkan kepada Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi tujuan rekod berpusat yang seterusnya mengelakka­n pertindiha­n.

Selain itu, menurutnya, Panel Penilaian Operasi juga wujud bagi menjamin ketelusan dalam pengendali­an kes.

Panel ini merangkumi ahliahli dilantik oleh perdana menteri daripada kalangan mereka yang memiliki kepakaran dan mewakili badanbadan profesiona­l bersesuaia­n serta individu yang berupaya memperliha­tkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh SPRM.

Panel tersebut merupakan mekasnisme semak dan imbang terhadap kes penyiasata­n yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakuka­n untuk didakwa atau ditutup.

PPO juga boleh mencadangk­an kes dikaji semula sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan dikemukaka­n SPRM.

Mengenai kesalahan berkaitan rasuah sepanjang PRU14 di Sarawak, beliau berkata pihaknya tidak ada menerima sebarang aduan.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Ali (kanan) bersama Voon pada sidang media di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Ali (kanan) bersama Voon pada sidang media di Kuching, semalam.
 ??  ?? RAZIM
RAZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia