Utusan Borneo (Sarawak)

Tandatanga­n online sokong Kerajaan Sarawak dalam isu Petronas

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini dalam proses mengumpul tandatanga­n warga Sarawak bagi menunjukka­n sokongan kepada Kerajaan Sarawak susulan tindakan Petronas memfailkan permohonan mahkamah mengenai Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

Sokongan itu dinyatakan dengan menandatan­gani ruangan menerusi www.change. org/ p/ protect- sarawak- oil- gas-rights mulai semalam dengan pelancaran oleh Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting di Ibu Pejabat SUPP.

Setakat berita ini ditulis, ia ditandatan­gani lebih 600 individu dalam masa yang singkat.

Sebastian berkata syarikat minyak nasional itu telah mengaut sumber Sarawak tanpa memberi banyak manfaat kepada negeri ini.

“Saya percaya tindakan Pet- ronas agar mahkamah mengisytih­arkan hak eksklusif terhadap minyak dan gas di Sarawak adalah untuk mengetepik­an usaha Sarawak dalam mengawal sumber itu bermula 1 Julai,” katanya.

Beliau dalam nada kesal menambah, Sarawak merupakan negeri kaya dengan sumber semula jadi tetapi miskin disebabkan tidak menerima agihan hasilnya dalam jumlah berpatutan sejak sekian lama.

Sudah tiba masanya warga Sarawak menghentik­an Petronas daripada terus menerus mengambil minyak dan gas selepas 44 tahun berbuat demikian.

“SUPP berjanji akan berjuang menuntut semula hak dan pemilikan minyak dan gas.

“Kami menyeru semua warga Sarawak agar menyertai perjuangan mempertaha­nkan pemilikan minyak dan gas,” katanya.

 ??  ?? PERLU SOKONGAN: Sebastian bersama pemimpin-pemimpin SUPP yang lain ketika melancarka­n kempen tandatanga­n menyokong Kerajaan Sarawak.
PERLU SOKONGAN: Sebastian bersama pemimpin-pemimpin SUPP yang lain ketika melancarka­n kempen tandatanga­n menyokong Kerajaan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia