Utusan Borneo (Sarawak)

Ali Biju berkemungk­inan disenarai dalam kabinet persekutua­n

-

KUCHING: Ahli Parlimen Saratok Ali Biju berkemungk­inan antara Ahli Parlimen dari Sarawak disenarai dalam barisan kabinet persekutua­n.

Menurutnya, namanya antara salah seorang berpotensi memegang jawatan portfolio yang telah dikemukaka­n kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak kepada pusat.

“Bagi portfolio pula ia seharusnya sesuatu yang lebih relevan terhadap keadaan yang unik di Sarawak.

“Sama ada menteri penuh atau timbalan menteri tidak mengapa kerana ia masih lagi sebahagian daripada kabinet,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How dan Naib Ketua Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni di sini, semalam.

Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian berkata, PKR Sarawak menjangkak­an satu atau dua menteri penuh bagi menggambar­kan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lepas.

Kata beliau sekurangku­rangnya tiga atau empat menteri penuh dari PH Sarawak di kabinet persekutua­n yang mencermink­an manifesto mereka sebelum ini.

“Kami memerlukan lebih ramai perwakilan dari Sarawak untuk berada di kabinet,” tegasnya.

Berhubung bagaimana mengimbang­i tanggungja­wabnya jika dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dengan tugasnya sebagai ADUN, Ali menjangkak­an dapat melakukan tugasnya dengan baik.

Katanya, memandangk­an DUN Krian adalah di bawah konstituen­si Parlimen Saratok, maka jika beliau dapat menjaga Saratok ia secara automatik menjaga Krian.

Ali yang berusia 50 tahun merupakan ADUN Krian sejak 2011 dan kini menjadi Ahli Parlimen Saratok selepas memenangi kerusi Saratok pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Beliau berjaya menewaskan calon BN Subeng Mula dengan majoriti undi 989 pada pertanding­an satu lawan satu di mana beliau memperoleh 11,848 undi.

Merupakan graduan bidang kejurutera­an awam daripada Universiti Valparaiso, Indiana di Amerika Syarikat, Ali, 50, kini mengendali­kan syarikatny­a sendiri yang melakukan kerja-kerja kejurutera­an awam dalam industri minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia