Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan keperluan untuk sambutan Aidilfitri mencukupi

-

KUCHING: Bekalan keperluan seperti gula, beras, minyak masak dan sebagainya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang adalah mencukupi di negeri ini.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, pihaknya sudah menjalanka­n pemeriksaa­n bagi memastikan semua bekalan tersebut mencukupi.

“Sekiranya berlaku kekurangan bekalan, kami akan berusaha mendapatka­n daripada sumber-sumber yang ada,” katanya ketika ditemui sempena Operasi Catut 4.0 di Everrise Vivacity Megamall di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, anggota penguat kuasa KPDNKK Sarawak akan turut menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan bagi memastikan semua bekalan tersebut tidak dimanipula­sikan.

Katanya, setakat ini sebanyak 22,834 premis di seluruh Sarawak telah diperiksa iaitu membabitka­n 19,751 premis di bandar dan 3,083 premis di luar bandar.

Beliau menambah, pemeriksaa­n dan pemantauan tersebut adalah dijalankan oleh kesemua sembilan cawangan KPDNKK di negeri ini, dengan jumlah kekuatan 200 anggota penguat kuasa.

“Sebanyak 183 premis telah diambil tindakan, dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM324,000 dan nilai kompaun RM20,000,” katanya.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlindung­an Pengguna 1999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia