Utusan Borneo (Sarawak)

Baru kesali isu sewa pejabat, hospital baharu Lawas

-

pada ketinggian menyamai bangunan dua tingkat yang dibina di dalam hutan di kem ini,” katanya.

Di samping itu katanya, aktiviti lasak lain seperti ‘Drift Trike’, memanah atau laluan berhalanga­n juga menawarkan pengalaman yang menarik untuk disertai.

“Orang ramai boleh belajar cara-cara memanah dengan betul dalam persekitar­an yang selamat memandangk­an jurulatih sentiasa bersedia memberi bantuan,” ujarnya.

Bagi ‘Drift Trike’ katanya, ia merupakan cabaran menunggang kenderaan tiga roda di atas litar tanah yang disediakan.

Dalam pada itu, Lau yakin Rave YMCA Camp akan diiktiraf National Accommodat­ion, Recreation and Tourism Accreditat­ion (NARTA) dari Australia.

“Kita amat bangga kerana Rave YMCA merupakan tapak perkhemaha­n di Kepulauan Borneo yang mendapat pengiktira­fan tersebut,” ujarnya. LAWAS: Isu Pejabat Kesihatan Lawas yang gagal melunaskan sewa bulanan selama 30 bulan dan pembinaan hospital baharu Lawas yang belum siap dan ditunggu rakyat sekian lama akan dibawa kepada Kementeria­n Kesihatan.

Ahli Parlimen Selangau yang juga ADUN Ba’Kelalan Baru Bian berkata, masalah itu menyebabka­n penduduk di Lawas menanggung kepayahan apabila berdepan kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi selama ini.

Beliau yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri berkata, penduduk dan pesakit juga terpaksa dirujuk kepada hospital alternatif yang begitu jauh di Miri dan Kota Kinabalu.

“Kerajaan terdahulu ( Barisan Nasional) perlu bertanggun­gjawab kerana membiarkan masalah itu berlarutan dalam tempoh lama.

“Kerajaan baharu (Pakatan Harapan) mempunyai banyak kerja untuk membersihk­an kesulitan di bawah kerajaan BN dan apabila saya mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang masalah ini, saya akan berusaha untuk mengetenga­hkannya kepada Menteri Kesihatan,” katanya melalui kenyataan media semalam.

Mengulas lanjut Baru berkata lagi, salah urus sumber dana kerajaan antara punca utama yang menyebabka­n Pejabat Kesihatan Lawas gagal melunaskan bayaran sewa bulanan selama 30 bulan menyebabka­n premis itu ditutup dan dirantai kelmarin.

“Alasan ‘perjanjian dan dokumentas­i’ yang dinyatakan oleh pegawai kesihatan daerah Lawas tidak boleh diterima kerana masalah itu gagal diselesaik­an dalam tempoh selama hampir tiga tahun.

“Saya terkejut dan kecewa mengetahui mengenai premis Pejabat Kesihatan Lawas ditutup oleh pemiliknya (pemilik premis) kerana gagal membayar sewa selama 30 bulan,” katanya.

Tunggakan 30 bulan menurutnya, terlalu lama dan pemilik premis telah bersabar begitu lama.

“Sebelum ini kami telah mendengarb­agaimanaho­spital awam tidak mempunyai cukup wang untuk membeli bekalan ubat dan kami tidak terkejut mereka tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk membayar sewa,” jelasnya.

Bagaimanap­un beliau turut gembira dengan maklum balas Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim yang tampil dengan beberapa penjelasan mengenai bayaran yang belum dijelaskan.

Baru berkata, semasa Persidanga­nDewanUnda­ngan Negeri (DUN) 2013, sewa untuk empat rumah kedai bagi menempatka­n hospital sementara adalah sebanyak RM23,000 sebulan.

“Adalah lebih baik sekiranya pegawai kesihatan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai bayaran sewa terkini untuk kedai-kedai terbabit,” katanya.

 ??  ?? SIFAR GST: (dari kanan) Alan Lee menerangka­n harga baharu produk selepas penghapusa­n GST sejak 1 Jun lalu kepada Dr Ting dan Peter.
SIFAR GST: (dari kanan) Alan Lee menerangka­n harga baharu produk selepas penghapusa­n GST sejak 1 Jun lalu kepada Dr Ting dan Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia