Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Dudong desak Sebastian letak jawatan kerana gagal tangani isu

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Dudong terpaksa memanggil sidang media bagi mendesak Setiausaha Agung Datuk Sebastian Ting melepaskan jawatan itu pada Ahad lalu selepas isu-isu sebelum ini gagal diberi perhatian oleh peringkat tertinggi parti.

Penolong Setiausaha SUPP Dudong Dr Wong Chya Wei pada sidang medianya semalam menafikan kenyataan dibuat Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian bahawa mereka berbuat demikian untuk agenda peribadi.

“Dalam hal ini, kami tidak mempunyai agenda peribadi, kami juga tidak tahu apa dimaksudka­n oleh Dr Sim tentang agenda peribadi,” katanya.

Pengerusi Cawangan Wong Ching Yong dan Naib Pengerusi Kelvin Kong tidak hadir pada sidang media tersebut.

Dr Wong berkata, cawangan ini telah wujud sejak Sebastian dilantik sebagai setiausaha agung pada 2014 dan sejak itu pelbagai isu disuarakan.

“Malangnya peringkat tertinggi parti gagal menangani isu itu dan atas sebab itu kami mengadakan sidang media,” ujarnya.

B e l i a u m e n a m b a h , kebelakang­an ini setiausaha agung juga jarang berkunjung ke Sibu bagi menghadiri acara rasmi.

Menurut Dr Wong, desakan dilakukan susulan prestasi buruk parti itu pada PRU14 menyaksika­n SUPP tewas enam daripada tujuh kerusi ditandingi.

Katanya, Sebastian tidak agresif malah terlalu tenang dan tidak aktif semasa pilihan raya sehingga timbul pandangan negatif terhadapny­a.

Justeru, beliau berharap pusat parti memberi mereka arahan bukannya menjadi ‘ non- committal’ supaya mereka di peringkat akar umbi tahu bagaimana meneruskan kemajuan parti.

 ??  ?? DR WONG
DR WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia